strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Tarikh: December 20, 2013
SEGAMAT - Tindakan seorang kakitangan sebuah syarikat di Chaah, di sini yang membuat satu laporan polis mengenai kehilangan sejumlah wang tunai akhirnya membawa padah kepada dirinya apabila dia ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pada 16 Disember lalu, suspek mendakwa wang tunai sebanyak RM17,000 yang disimpan di dalam peti besi syarikat tersebut hilang semasa dia hendak memulakan kerja.
“Pada hari kejadian, suspek yang berumur 28 tahun itu juga mendakwa pejabatnya berada dalam keadaan berselerak dengan pintu hadapan pejabatnya juga telah terbuka.
“Kawasan tersebut tidak berpagar dan tidak mempunyai pengawal keselamatan tetapi dilengkapi dengan beberapa litar kamera tertutup (CCTV) dan selepas menyedari kehilangan wang tunai tersebut, suspek kemudiannya membuat satu laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, rakaman CCTV pada 14 Disember (Sabtu) lalu pada jam 4.40 petang mendapati suspek ada memasuki pejabat ketuanya itu yang menyimpan peti besi wang tunai tersebut dan membukanya sebelum mengambil sejumlah wang tunai dan beredar.
Suspek yang telah bertugas selama empat tahun di syarikat berkenaan juga gagal memaklumkan kehadirannya ke pejabat di luar waktu tugasan kepada ketuanya.
“Suspek ditahan beberapa jam selepas membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.