balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PUTRAJAYA – Cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam negara, merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail (gambar kecil).
“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya yang ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian amanat tahun 2015 oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin di sini semalam.
Che Gayah berkata, keadaan cuaca ketika ini belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.
Ditanya sama ada suhu cuaca panas dan kering berbeza berbanding tahun lepas, beliau berkata:
“Saya tidak nampak banyak perbezaan. Kalau suhu adalah tolak campur tiga darjah Celsius, ia adalah normal.”
Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm