BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca kering dijangka hingga September

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUCHING - Cuaca panas dan kering di Sarawak terutama di bahagian barat dan utara negeri ini dijangka berterusan sehingga September ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Sarawak dijangka menerima taburan hujan sedikit di bawah normal dengan jumlah hujan bulanan di dalam julat 150mm hingga 300mm.

Sehubungan itu, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi menghadapi kemarau dan jerebu di negeri ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini, turut meminta penyedia bekalan air seperti Lembaga Air Kuching (LAK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) merangka persiapan pelan luar jangka jika berlaku kekurangan bekalan air.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini, turut meminta JMM, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk sentiasa memantau keadaan semasa. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register