BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca buruk, rezeki lebih lumayan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Nelayan sedang berbincang pelbagai masalah yang dihadapi sambil diperhatikan Raja Bahrin (kiri).
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan mengakui terpaksa mengingkari arahan daripada Jabatan Meteorologi berhubung keadaan laut bergelora yang berbahaya kepada aktiviti bot termasuk bot nelayan ketika musim tengkujuh.

Sabri Mamat, 45, berkata, dia tidak mengendahkan arahan itu pada musim tengkujuh kerana musim berkenaan memberi pulangan lumayan kepadanya sebagai seorang nelayan.

Pendapatan lumayan mencecah RM300 seminggu mendorong Sabri turun ke laut kerana pada hari biasa hanya memperoleh sekitar RM200 seminggu.

“Saya tahu, banyak amaran dikeluarkan pihak berkuasa, tetapi saya tetap turun ke laut apabila cuaca cerah dan selamat untuk aktiviti menangkap ikan. Kalau nampak cuaca tidak elok saya tidak pergi juga.

“Musim tengkujuh adalah musim yang ditunggu-tunggu kerana pendapatan akan lebih daripada hari-hari biasa. Musim tengkujuh kebiasaannya ramai nelayan tidak turun ke laut dan harga ikan pun mahal, jadi ketika ini saya akan dapat lebih,” ceritanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada perjumpaan ringkas bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Hiliran, di sini.

Nelayan dari Kampung Baru, Seberang Takir itu sedar tindakannya boleh mengundang bahaya pada bila-bila masa sahaja, tetapi bagi Sabri, hanya dengan cara itu dia mampu menyara keluarga termasuk empat anaknya.

“Sudah 20 tahun lebih saya jadi nelayan dan inilah punca rezeki tetap saya, kalau tidak ke laut, apa lagi yang boleh saya buat untuk beri makan anak-anak dan isteri. Kalau cuaca buruk ketika berada di tengah laut sekalipun, saya reda kerana terpaksa cari makan dengan cara begini,” katanya lagi.

Menurutnya, bukan dia sahaja bertindak demikian, malah ramai rakannya turut mengambil tindakan sama apabila musim tengkujuh kecuali bot-bot kecil.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/cuaca-buruk-rezeki-lebih-lumayan-1.359053
 
Demi mencari rezeki. Semoga sentiasa dilindungiNya
 
Back
Top
Log in Register