Setuju.TT kerja dengan syarikat apa?MNC?Tak kisah laa syarikat apa pun,kalau bahagian IT dah tag asset dan PC atau laptop telah didaftar dengan AD,maka saya beranggapan TT login ke laptop samada dengan cara menggunakan username/password atau gunakan smartcard.
Ini sebenarnya salah sistem sekuriti jika laptop itu telah didaftarkan dengan domain dalam workgroup syarikat.Kena laa TT berbaik dengan sesiapa dari bahagian IT untuk dapatkan access,bukan apa,kalau nak bypass tuh banyak caranya,takut kalau masa nak dibuat software inventory checking,tak pasal2 kena penalty kalau laptop TT seorang dikenalpasti menggunakan perisian palsu,hatta jika ia asli pun masih menyalahi polisi syarikat kerana laptop adalah asset syarikat.
Panjang nak bahas sebenarnya,tapi cukup laa setakat nie...hanya mereka yang terlibat dengan pengurusan perisian terutama bahagian teknikal helpdesk jer faham,akan karenah pelbagai pengguna yang mahukan sesuatu dengan cara pantas,dalam masa yang sama meletakkan helpdesk dalam keadaan yang resah gelisah.