COVID-19 ; Sistem penjagaan dan rawatan cara Islam

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,489
Reaction score
1,524
Points
206


KEMBALI kepada Islam

(1) Hari ini apabila merebaknya Covid-19, kelihatan manusia semakin ke arah kembali kepada sistem Islam tanpa sedar. Para doktor sendiri terpaksa akur.

Antaranya dalam Islam di awal kitab Feqah membincangkan mengenai sistem pembersihan atau penyucian (الطهارة). Sebagai simbol bahawa Islam menekankan aspek kebersihan.

(2) Cumanya tak ramai yang menyedari hakikat ini. Apabila sudah menularnya wabak, masing-masing baru tersedar keperluan untuk menjaga kebersihan.

Islam menyediakan semua sistem untuk manusia, secara lengkap. Tetapi golongan Sekularis melihat Islam itu tidak lebih daripada pintu masjid sahaja.

Mereka menganggap Islam itu sekadar religion atau kepercayaan dan ritual semata-mata. Sedangkan mereka perlu sedar bahawa Islam adalah sebuah sistem kehidupan.

(3) Dalam bab kebersihan atau penyucian yang disediakan oleh Islam, dimulakan dengan bab air. Ini kerana air adalah elemen penyucian yang terpenting.

Air datang dari mana?

وَهُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ طَهُورࣰا

“Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.”
Basuh tangan

(1) Tetapi hari ini air hujan kadang-kadang dianggap tercemar. Pencemaran tersebut disebabkan perindustrian dan macam-macam lagi.
Hujan hakikatnya bukanlah pencemaran, akan tetapi membersihkan udara-udara yang dicemari oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.
(2) Justeru, air hujan termasuk dalam salah satu air mutlak, yang suci lagi menyucikan. Kesemuanya ada 7 air mutlak yang mempunyai peranan sebegini.
Bahkan apabila tersebarnya virus pada hari ini, rata-rata berkempen untuk membasuh tangan sedangkan Umat Islam memang diajar begitu
(3) Antaranya sunat 5 kali sehari membasuh tangan (ketika berwudhu’) dan juga sebelum makan, seperti sabdaan Baginda S.A.W;
من أحبَّ أن يُكثِّرَ اللهُ خيرَ بيتِه فليتوضَّأْ إذا حضر غداؤُه وإذا رُفِع

“Sesiapa yang ingin Allah memperbanyak kebaikan di dalam rumahnya, hendaklah dia berwuduk sekiranya makanannya telah dihidangkan (sebelum makan) dan selepas diangkat (selesai makan).”

(Ibnu Majah)
Di dalam Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah menyatakan lafaz ‘berwuduk’ menyatakan bahawa maknanya adalah membasuh kedua-dua tangannya
Kaedah yang detail
(1) Selain itu Nabi S.A.W bersabda;
من بات وفي يدِه ريحُ غِمرٍ فأصابه شيءٌ فلا يلومنَّ إلا نفسَه

“Sesiapa yang tidur (bermalam) dan di tangannya masih terdapat bau lemak daging, lalu dia ditimpa sesuatu. Maka, janganlah dia mencela sesiapa pun melainkan dirinya sendiri.”

(Sunan Tirmizi)
Hadis ini menggambarkan seseorang yang makan dan tidak membasuh tangannya, ataupun tidak basuh betul-betul. Bimbang ia membawa penyakit.
(2) Gambaran yang ‘simple’ ini sebenarnya satu kaedah penyucian. Walaupun ringkas, dan dianggap remeh, namun hikmahnya yang cukup besar baru disedari hari ini.
Al-Quran sendiri menceritakan konsep bersuci untuk dirikan solat dengan begitu terperinci;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

(Al-Maidah: 6)
Bersuci dan berubat
(1) Di dalam hadis yang lain;
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.”

(Shahih Bukhari)
(2) Banyak lagi sebenarnya huraian mengenai penyucian yang dianjurkan oleh Islam. Mungkin hari ini para doktor perlu dalamkan kajian terhadap sistem Islam ini.
Dalam kaedah perubatan juga, Islam menyediakan sistem tersendiri. Hal ini dihuraikan secara panjang lebar oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitab الطب النبوي
(3) Ayat mengenai perubatan disebut di dalam al-Quran lebih daripada 40 ayat. Nabi S.A.W bersabda;
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”

(Riwayat al-Bukhari)
(4) Untuk memudahkan pembacaan dan pengkajian mengenai perubatan cara Nabi S.A.W secara ringkas boleh rujuk Jurnal al Abqori terbitan USIM pada 2018.
Antaranya kajian yang bertajuk Perubatan Nabi: Kefahaman Terhadap Sunnah Dan Praktis Perawat tulisan Kasim Ramli dan Sofia Hayati Yusoff. [1]
Antara yang dinyatakan bahawa telah sabit bahawa Baginda S.A.W tidak membaca sebarang ayat al-quran dan doa apabila Baginda S.A.W merawat diri sendiri atau menyuruh pesakit dari kalangan para Sahabat menggunakan pelbagai bahan rawatan atau menggunakan beberapa kaedah rawatan lain.
Antara bahan-bahan rawatan berdasarkan kaedah Baginda S.A.W ialah air, buah-buahan, herba, makanan, minuman, haiwan dan lain-lain perkara berkaitan.

Kajian terhadap hadis

(1) Beberapa poin penting perubatan dengan air yang dimaksudkan ialah;
(i) Air biasa untuk menyejukkan pesakit yang mengalami demam (Al-Bukhari, 2002:1450. Hadis no: 5391; Muslim, 2002:978. Hadis no: 5751 & At-Tirmidhi, 1962: 586. Hadis no 2073).
(ii) Air wuduk untuk menyedarkan pesakit koma atau pengsan (Al-Bukhari, 2002: 1433. Hadis no: 5352).
(iii) Air zamzam yang diminum dengan niat untuk merawat sebarang penyakit atau kesihatan umum (Ibn Majah, 2002:518. Hadis no:3062).

(2) Buah-buahan yang popular dalam rawatan Tib Nabawi ialah kurma ajwah untuk ubati gangguan sihir dan menawarkan racun (Al-Bukhari, 2002:1460. Hadis no: 5435; Abu Dawud, 2002:24. Hadis no: 3876; At-Tirmidhi, 1962:582. Hadis no: 2066 & Ibn Majah, 2002:578. Hadis no: 3455).
(3) Antara makanan ialah bubur gandum (talbinah) sebagai penawar mengurangkan duka cita pesakit (Al-Bukhari, 2002:1443. Hadis no 5365 & Muslim, 2000:981. Hadis no 5769).

(4) Minuman yang popular ialah;
(i) Madu yang digunakan untuk merawat Sahabat yang mengalami sakit perut (Al-Bukhari, 2002: 1448-1449. Hadis no 5386; Muslim, 2000: 981-982. Hadis no 5570 & At-Tirmidhi. 1962:592. Hadis no: 2082)
(ii) Selain susu unta dan beberapa titik kencing unta untuk mengatasi alahan cuaca sejuk yang dideritai Arab dusun yang datang menziarahi Nabi S.A.W di kota Madinah (Al-Bukhari, 2002:1442. Hadis no 5362).

(5) Manakala bahan herba adalah pelbagai contohnya;
(i) Habbatus sauda’ untuk penyakit umum kecuali mati (Al-Bukhari, 2002:5363. Hadis no 5364),
(ii) Kayu gaharu untuk rawatan tujuh jenis penyakit (Al-Bukhari, 2002: 1444. Hadis no: 5368 & Muslim, 2000:980. Hadis no: 5763),
(iii) Daun inai untuk rawatan rawatan ulser dan cucukan duri (At-Tirmidhi, 1962:598. Hadis no: 2054),
(iv) Lidah buaya untuk rawatan sakit mata (Muslim, 2000:501. Hadis no 2888).

Banyak lagi yang terkandung dalam kajian tersebut. Wajar untuk dikaji secara terbuka, dan mungkin boleh wujudkan satu anjakan terhadap sistem perubatan sedia ada.

SUMBER - https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/16/covid-19-sistem-penjagaan-dan-rawatan-cara-islam/
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register