BTC USD 78,222.7 Gold USD 4,381.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Courtois optimis Belgium mampu tumbangkan Sepanyol

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,795
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,795
Reaction score
289
Points
146

Courtois optimis Belgium mampu tumbangkan Sepanyol​

3576891.webp

Courtois berkata Belgium mampu menyingkirkan Perancis dan mara ke separuh akhir Piala Dunia. Foto Agensi

PENJAGA gol Belgium, Thibaut Courtois percaya pasukannya mampu mencipta kejutan apabila berdepan Sepanyol pada aksi suku akhir Piala Dunia awal pagi Sabtu (3 pagi waku Malaysia).

Courtois berkata, keyakinan dalam skuad Red Devils semakin meningkat selepas mereka mula menemui rentak terbaik selepas aksi kurang meyakinkan di peringkat awal kejohanan.

"Semua pemain sedar kami mempunyai peluang. Kami memiliki skuad yang kuat dan kualiti yang mampu menyukarkan Sepanyol.

"Dalam setiap kejohanan pasti ada kejutan dan saya percaya kami boleh menjadi salah satu daripadanya.

Belgium sebelum ini dikritik selepas sekadar seri dengan Mesir (1-1) dan Iran (0-0) di peringkat kumpulan, sebelum bangkit membelasah New Zealand 5-1 untuk muncul juara kumpulan.

Mereka kemudian mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Senegal 3-2 pada pusingan 16 terbaik.

"Ramai kecewa dengan persembahan kami sebelum ini tetapi kami sudah membuktikan kemampuan sebenar. Pasukan ini semakin baik," kata Courtois.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol Chelsea itu mengakui Belgium perlu berhati-hati dengan Sepanyol yang terkenal dengan penguasaan bola dan tekanan pantas.

"Sepanyol adalah pasukan pilihan. Mereka sangat bagus ketika menguasai bola dan pantas menekan apabila kehilangannya. Kami perlu bijak mencari ruang di belakang pertahanan mereka," katanya.

Courtois turut memberi amaran mengenai ancaman pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal yang disifatkannya mempunyai kemampuan luar biasa dalam situasi satu lawan satu.

"Dia sangat berbakat, pantas dan mampu melepasi lawan dengan mudah. Kami tahu ancaman yang dibawanya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register