BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown to 16 Ogos. 4 days to go

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,988
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,988
Reaction score
1,294
Points
206
DAP akan putuskan soal kedudukan dalam Kerajaan pada 16 Ogos - Loke
Seth Akmal
Seth Akmal
03/08/2026 | 23:23 MYT
Anthony Loke DAP
Loke berkata, satu usul berhubung perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan sebelum diputuskan oleh hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan. - Astro AWANI


Advertisement

KUALA LUMPUR: DAP akan menentukan kedudukannya dalam kerajaan semasa Persidangan Kebangsaan parti itu yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Beliau berkata, satu usul berhubung perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan sebelum diputuskan oleh hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan.

Anda mungkin berminat pada artikel ini
Anthony Loke lepaskan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan
Malaysia kurang ahli politik tawar naratif negara bangsa unik, berani - Penganalisis
'Tolak ansur' BN-PN kekal sehingga PRU16 – Profesor Ulung
“Keputusan itu tidak dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)… kita serahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk membuat keputusan.

“Sama ada DAP harus kekal dalam kerajaan sampai akhir tempoh ini ataupun sebaliknya,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri mesyuarat CEC di sini hari ini.

Anthony turut menyatakan persidangan berkenaan akan menentukan hala tuju masa depan DAP dalam arena politik negara.

Menurutnya, sebarang keputusan sama ada parti itu akan terus kekal dalam kerajaan atau berada di luar pentadbiran perlu dibuat secara kolektif oleh para perwakilan.

“Hala tuju parti mesti diputuskan secara kolektif oleh para perwakilan parti. Kita akan berpandukan keputusan mereka selepas 16 Ogos nanti.

“Ketika itu, barulah lebih jelas sama ada mereka mahu kita kekal dalam kerajaan dan terus berjuang dari dalam, atau berada di luar kerajaan,” katanya lagi.

Pada Februari lalu, Anthony dilaporkan berkata DAP akan mengadakan persidangan bagi membolehkan para perwakilan menentukan isu tersebut.

Menurut beliau, DAP pada masa sama akan terus mengekalkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan di Parlimen, selain menyifatkan proses berkenaan sebagai satu "referendum dalaman" parti.

Kongres itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 Julai, namun ditangguhkan ke 16 Ogos susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
 
possibility

DAP keluar PH and join Bersama, Muda and PSM
then Amanah join sekapal ( in chess, the pawn die first )

next GE
BN-PN-PKR ??
 
Back
Top
Log in Register