Coppa Italia 2019/2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,293
Reaction score
11,091
Points
2,376

Penyerang Juventus, Paulo Dybala (tengah) merembat lalu menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Udinese pada Piala Itali, awal pagi tadi. - Foto AFP



Penyerang AC Milan, Samu Castillejo (kiri) cuba dihalang penjaga gol SPAL, Etrit Berisha pada perlawanan, awal pagi tadi. - Foto AFP

Juventus, Milan, Fiorentina teruskan kemaraan


MILAN: Bintang Juventus, Paulo Dybala meledak dua gol dan terbabit dalam banyak hantaran menarik bagi memberikan satu lagi gol buat Gonzalo Higuain ketika skuad dari Turin itu mengatasi Udinese 4-0 pada Coppa Italia awal pagi tadi.

AC Milan melupakan seketika masalah dalam Serie A apabila mereka mengatasi SPAL dengan kemenangan 3-0 dalam satu lagi saingan kelompok 16 terakhir dan Fiorentina menyingkirkan naib juara musim lalu, Atalanta 2-1 dan menjaringkan gol kemenangan ketika bermain 10 orang.

Juventus, kehilangan Cristiano Ronaldo kerana masalah kesihatan, di depan dengan gol minit ke-16 yang menampilkan gaya jurulatih Maurizio Sarri hasil hantaran sesama sendiri Dybala dan disudahkan Higuain.

Dybala meletakkan namanya selaku penjaring 10 minit kemudian selepas menyudahkan penalti apabila Federico Bernardeschi dikasari dengan pemain Argentina itu melencongkan bola ke gawang pada minit ke-58.

Penalti Douglas Costa selepas sejam melengkapkan kemenangan itu.

Sementara itu Krzysztof Piatek, Samu Castillejo dan Theo Hernandez meledak buat Milan manakala penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic kekal di bangku simpanan.

"Ia malam yang positif kerana pasukan bermain dengan baik dan berkualiti," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli. - Reuters


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,293
Reaction score
11,091
Points
2,376
Patrick Cutrone said it “was a great feeling” to score on his #Fiorentina debut and revealed he was “delighted” with the move to the Artemio Franchi. #FiorentinaAtalanta #ACMilan #WWFC #SerieA #CoppaItalia #EPL
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,293
Reaction score
11,091
Points
2,376


Lorenzo Pellegrini

2 gol Pellegrini bawa Roma ke suku akhir


MILAN: Pemain tengah Itali, Lorenzo Pellegrini menjaringkan kedua-dua gol untuk membawa Roma ke suku akhir Piala Itali dengan kemenangan 2-0 mengatasi Parma sebentar tadi.

Dalam pertembungan antara pasukan tangga kelima Roma dan Parma ketujuh, skuad dari ibu kota itu bertahan untuk kembali ke rentak kemenangan di Stadium Ennio Tardini selepas dua kekalahan dalam liga.

Pellegrini, 23, meledak gol pertama selepas rehat dan menambah satu lagi menerusi penalti minit ke-76 selepas bola terkena tangan Antonino Barilla dalam kotak penalti.

Roma akan menentang Juventus selepas ini dalam suku akhir di Allianz Stadium selepas pasukan dengan rekod juara 14 kali itu mengetepikan Udinese 4-0 semalam.

Roma kedua di belakang Juventus dengan sembilan piala, terbaharu pada 2008.

Penyandang gelaran, Lazio mengatasi pasukan Serie B Cremonese 4-0 di Rome Selasa lalu dengan finalis tahun lalu, Atalanta tewas 2-1 kepada Fiorentina. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,293
Reaction score
11,091
Points
2,376

Keputusan Piala Itali


MILAN: Berikut keputusan Piala Itali awal pagi tadi:

Suku akhir

AC Milan 4 (Bonaventura 12, Calhanoglu 90+1, 106, Ibrahomivic 108) Torino 2 (Bremer 34, 71)

- AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,293
Reaction score
11,091
Points
2,376

Due to the coronavirus pandemic, the Italian Cup in the 2019/2020 season was suspended indefinitely.

It is not the first case in history that these games have been postponed or significantly shortened.

Similar incidents from the past:

- season 1926/1927 - in the 1/16 final, the games were canceled due to organizational problems, the games resumed only in the season 1935/1936

- season 1942/1943 - the games were stopped in 1943 due to World War II, they were not resumed until 1958

- 1958 - in order to "divert" attention from the World Cup in 1958 (Italy did not advance after defeat with Northern Ireland, which was a great sensation and a great scandal) and in connection with the problems with resuming the games after a 15-year break, the Italian Cup has been held since June 7 to November 4, 1958. Interestingly, the Italian Cup in the 1958/1959 season took place almost in parallel, because these games began on August 30 and lasted until September 13, 1959.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register