BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Coolblog kiosk

Mall yg ramai org dan feymes takkan senang2 bg ruang kat jename baru
Melainkan presentation kite betol2 gempak dan boleh meyakinkan dorg yg bsnes tu boleh dapat untung
Tapi selalunye mall yg feymes dan ramai org akan utameken brand yg dah ade name
Akaun company pon kene gmpak gak utk yakinkan dorg yg bsnes nie boleh pergi jauh
Tapi selalunye kalau takat ade rm150k utk 2kiosk mmg tak lepas nk bukak kat mall yg ramai org

Chatime n coolblog mmg cine punye
Chatime dari taiwan, coolblog singapore tak silap
Tapi cume coolblog je yg ade sijil halal jakim
Chatime masih tak lepas lagi tk silap sebab pekerje dorg byk cine dan kurng muslim

betul tu..lagi satu tak semua mall yang boleh bawak influence brand tu naik..cam contoh klu kite bukak stall burger start kt mall pinggir bandar dgn stall burger start kt pavillion..mesti org akn pandang stall burger yang bukak kt pavilion..
 
COOLBLOG SASAR BUKA 400 CAWANGAN SELURUH MALAYSIA MENJELANG 2014

Bernama MediaBernama Media – Mon, Oct 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Coolblog Dessert Sdn Bhd, syarikat minuman
"ice blended" dan "bubble tea" pertama yang mendapat pengiktirafan halal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menetapkan sasaran untuk membuka 400 buah
cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2014.
Setakat Oktober 2012, syarikat minuman jenama "Coolblog" ini telah membuka
230 buah cawangan dan jumlah itu bakal mencecah 250 akhir tahun ini, kata
Pengurus Operasi Perniagaan (Pengurus Operasi Perniagaan) Muhammad Daniel Koh.
"Kita telah berada di hampir kesemua kawasan bandar utama, jadi sekarang
kita mula masuk ke kawasan bandar kecil seperti Simpang Renggam dan Pekan
Nanas," kata Daniel kepada Bernama selepas memperkenalkan duta Coolblog,
Heliza Helmi di sini hari ini.
Kata Daniel, Coolblog tegas dalam pemilihan lokasi tetapi ia tidak hanya
terhad dalam pusat membeli belah sahaja.
"Lokasi yang dipilih oleh pemegang lesen akan dikaji selama
sekurang-kurangnya seminggu. Kawasan yang berhampiran dengan bank, pasar raya
dan kolej diberi keutamaan," katanya.
Syarikat tempatan yang berasal dari Johor itu yakin dapat mencapai sasaran
kerana permintaan yang tinggi sejak mula beroperasi tiga tahun lalu.
Daniel berkata setiap cawangan Coolblog mampu menjual 300 cawan hingga 500
cawan minuman sehari.
Coolblog memiliki dua gudang di Johor Bahru dengan lebih 250 pekerja, tidak
termasuk pekerja di kiosk.
"Kami yakin dengan jenama coolblog kerana ia dijamin halal, sampel produk
dihantar untuk ujian makmal setiap tiga bulan untuk ujian tahap keselamatan
bahan mentah serta harganya yang sangat berpatutan, bermula dari RM1.80
secawan," katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pemegang lesen Coolblog, Daniel
berkata anggaran modal permulaan untuk sebuah kiosk lengkap termasuk sewa,
pengurusan, pekerja terlatih, peralatan, bahan mentah, lesen dan latihan adalah
sekitar RM120,000.
Coolblog telah dianugerahkan "Juara Kiosk Terbaik" pada Halal Festival 2012,
Pusat Dagangan Dunia Putra serta anugerah "100 SME Malaysia Terbaik", Golden
Bull Award 2012.
-- BERNAMA
SOR AHM
 
Back
Top
Log in Register