asal minyak saya tak dapat nak pasti sangat tpi dulupun saya dah pakai Cefiro VQ 20 consumption ok jer. Mungkin sebab body weight KIA Carnival tu mmg berat dibanding dengan body VQ sendiri... Dulu enjin asal Carnival, saya balik ke Penang baru RM42.00 ringgit bagi satu arah perjalanan. Kalau enjin VQ belum try lagi sebab dalam proses inspection.Cuma tip yg saya dapat semasa memulakan perjalanan pastikan enjin cukup warm-up, cuba tekan pedal minyak di bawah paras 3000 rpm selagi gear belum habis. kat highway kalau gear dah habis nak pecut pun dah ok tpi pastikan ditekan secara perlahan-lahan. Jgn pulak tekan macam nak drag makanya parahlah kocek... isi minyak.
Enjin super VR4 2.5 (Legnum)Twin turbo tu untuk org yang suke sedekah duit kat makanik tak tentu pasal... halfcut murah RM 2800.00 pun boleh dpt tpi saya jamin gearbox dia boleh thn 6 bulan saja... dah 4 biji saya jumpa kat bengkel tmn bolton gombak semua gearbox terbarai.. kos cari gearbox pun dah boleh beli halfcut baru..
Kalau enjin VQ 25 harga halfcut kalau pandai cari boleh dapat rm 3500 ke 3700 mengikut mileage atau kondisi halfcut. Saya beli halfcut tu ari baru RM 2900.00 tpi thn lepas tapi baru convert bulan lepas kos upah pasang RM 2500.00 termasuk wiring, kos buat drive shaft rod 700.00 dan tukar water pump baru (OMP), belting mounting plate, lebih kurang 1000.00 dan dan runner endoresment fee 700.00. Saya tambah lagi 700.00 tukar minyak enjin, minyak gear dan handbrake cabel dan brake pad depan dan break shoe belakang... jadi pergi balik dah abis rm 8500.00 tapi puashati sebab wiring dia memang cantik tak nampak berserabut. bawak sedap dari enjin Carnival.. mmg senyap... Mekanik ni boleh dipercayai kerana Pusat servis Kia yang suggest kat saya dan saya rasa mereka yang pertama buat conversion enjin VQ 25 mengikut staff pusat service KIA diaorang diagnose kete customer yg dah convert enjin VQ 25 dgn mekanik ni pada thn 2006.
saya cuba attach gambar KIA saya kat sini...