BTC USD 83,286.0 Gold USD 4,108.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Controller DualSense PS5 Boleh Di Gunakan Pada Windows & Android

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,692
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,692
Reaction score
7,748
Points
916
Beberapa media dan youtuber telah pun menerima konsol PlayStation 5 daripada Sony. Salah seorang youtuber terkenal, Austin Evans telah memuat naik video mengenainya. Dalam video terbarunya, Austin mendedahkan maklumat yang menarik buat pengguna dimana controller PS5 boleh digunakan pada Android dan juga Windows.

Jika terdahulu, controller pihak ketiga mengalami sedikit kesukaran untuk menyambung terutama pada peranti Android dan ada yang memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk ia berfungsi kecuali controller PS4 yang hanya perlu sambungan Bluetooth.

Austin dalam videonya cuba menggunakan controller PS5 pada peranti Pixel 5 dan hasilnya sangat baik dengan tiada sebarang masalah. Namun, ciri vibration tidak berfungsi apabila bermain permainan melalui Xbox Game Streaming.

Touchpad pada controller PS5 masih belum diketahui sama ada ia berfungsi atau tidak pada Android akan tetapi touchpad di controller PS4 berfungsi di kebanyakan peranti Android. Seperti controller PS4, DualSense 5 juga boleh dimainkan pada Windows. Tambahnya lagi, controller PS5 tidak menyokong PlayStation 4 walaupun sambungan berjaya dilakukan.

Untuk pengetahuan, DualSense 5 bukanlah satu controller yang murah tetapi ia tetap satu perkara yang menarik apabila boleh digunakan pada peranti lain terutama jika anda peminat controller dari Sony.

 
Dah Boleh Guna Controller DualSense Di Peranti Apple

Sebelum ini pemain PS5 boleh menyambung pengawal DualShock 4 PS4 ke peranti iPhone atau iPad dengan menggunakan aplikasi Remote Play. Semalam Sony mengumumkan pemain sudah boleh nikmati permainan di peranti Apple menggunakan pengawal (controller) DualSense untuk PlayStation 5 di peranti Apple seperti iPhone, dan iPad.

Namun begitu, bermain melalui Remote Play akan mengurangkan beberapa ciri yang ada ketika bermain di PS5 seperti haptic feedback. Tetapi ciri adaptive triggers tetap ada ketika bermain melalui Remote Play.

Kepada yang berminat untuk menggunakan DualSense di peranti Apple, ikuti langkah berikut;
  • Pastikan sistem operasi peranti di kemas kini ke iOS 14.5 atau iPadOS 14.5.
  • Muat turun aplikasi Remote Play di App Store.
  • Pasangkan (pair) DualSense tanpa wayar pada peranti melalui mod penemuan Bluetooth dengan menekan butang PS dan Create secara serentak.
  • Pilih DualSense dalam senarai peranti Bluetooth untuk dipasangkan.
  • Bar cahaya dan indikator pemain akan menyala sebagai tanda selesai.
 
Sony DualSense Kini Di Tawarkan Dalam Warna Merah & Hitam

Konsol PlayStation 5 sudah mula dijual sejak November tahun lalu dan sehingga kini adalah sukar untuk mencarinya kerana kekurangan stok. Jualan konsol ini adalah yang paling pantas dalam sejarah Sony walaupun hanya ditawarkan dalam warna putih.

Seperti yang kami katakan dalam video perkara yang anda perlu tahun sebelum membeli PlayStation 5, antara isu yang kami hadapan ialah alat kawalan permainan DualSense 5 terlalu mudah kotor kerana ditawarkan dalam warna putih sahaja. Tetapi bermula Jun ini, Sony akan menawarkan DualSense dalam dua warna baharu Midnight Red dan Cosmic Black.

Kedua-duanya adalah warna yang lebih sukar menunjukkan kekotoran selepas sesi permainan yang panjang. Seperti DualSense berwarna putih, DualSense dalam warna baharu ini akan turut dijual pada harga RM349.

Sony-DualSense-PlayStation-5-B-950x535.jpg

Sumber asal https://blog.playstation.com/2021/0...oller-colors-hit-shelves-starting-next-month/
 
Back
Top
Log in Register