Musicaldeath_00
Active Member
- Messages
- 1,935
- Joined
- Nov 8, 2008
- Messages
- 1,935
- Reaction score
- 85
- Points
- 30
Salam..
tujuan aku bukak thread ni sbagai platform untuk berbincang mengenai conspiracy theory ni untuk meningkatkan pemahaman bersama mengenai benda ni.sebab trend skrg aku tgk mcm sume benda nk kaitkan dengan konspirasi.terutamany dlm masyarakat kita...tah dari mane sumber pun xtau..tup2 muncul..nah..amik ko..agenda yahudi la..propaganda tu la..ni la..hidden message la..kdg2 langung xberasas..dan sesetengah drpd kita trus amik bulat2 xde lgsung nk pkir atau wt reference..seterusnya kita mengkongpiuskan diri kite sendiri dgn fikiran yg mengarut..pastu keluar la ideologi2 dn tafsiran sendiri..
ya..mmg bukan semua benda tu adalah hasil konspirasi..tp jgn plak kita nk nafikan yg mmg xde lgsg konspirasi..mcm sesetengah tulisan yg aku tgk yg kondem bulat2 org yg kaji benda2 mcm ni..ckp ***** la..pe la..aku secara peribadi agak kurang bersetuju sebab main pukul rata je semua pdahal die xkaji pun dulu benda tu..sebab secara realitinya kita sekarang dh berada di akhir zaman..ZAMAN DIMANA FITNAH PALING BESAR SEDANG BERLAKU...
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin...
PEMAHAMAN MENGENAI TEORI KONSPIRASI.
Secara ringkasnya, teori konspirasi adalah kepercayaan bahawa wujudnya sesebuah organisasi yang tidak diketahui tetapi berpengaruh, yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang berlaku. Antara teori-teori konspirasi yang terkenal, termasuklah seperti New World Order (NWO), serta ratusan lagi. ia mungkin juga tergolong dlm kategori fitnah yg membawa kepada rasa ragu2 & was2..
Teori konspirasi boleh berlaku dalam apa jua keadaan yang melibatkan 'human interaction'
Contoh teori konspirasi dalam arena politik. Seperti kem A membuat satu teori, kem B kemudian membalas dengan satu teori yang lain, yang tujuan teori-teori jahat ini adalah menjatuhkan pihak-pihak lain. Teori itu sendiri sebenarnya adalah satu perkara yang dicadangkan, belum ada keputusan muktamad. Mungkin ia betul, mungkin tidak, atau ada campuran betul dan tidak.
Dalam memahami Teori Konspirasi kita kena ingat :
1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.
Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.
2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri. (aku olah dari beberapa sumber)
so..pe pendapat korang..?? jom share...

Last edited: