BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Console Microsoft Xbox One X Edisi Terhad "Cyberpunk"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Konsol Xbox One X ini bercahaya di dalam gelap.

Microsoft telah menghasilkan konsol permainan Xbox One X edisi terhad yang bertemakan permainan ‘Cyberpunk 2077‘. Konsol edisi terhad tersebut dinamakan sebagai “Xbox One X Cyberpunk 2077 Limited Edition“.

Konsol istimewa ini lengkap dengan cetakan laser, warna bercahaya di dalam gelap dan panel kustom khas. Malah ia turut lengkap hadir bersama alat kawalan edisi terhad bagi versi “Xbox One X Cyberpunk 2077 Limited Edition Bundle”.

Konsol edisi terhad ini dijangka akan ditawarkan dalam bulan Jun nanti iaitu 3 bulan lebih awal daripada permainan Cyberpunk 2077 untuk Xbox One ditawarkan.

Xbox One X edisi terhad ini akan ditawarkan dengan storan berkapasiti 1TB. Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengumuman harga jualan serta tarikh rasmi bilakah konsol ini akan ditawarkan.



Sumber rujukan https://www.theverge.com/2020/4/17/...077-limited-edition-bundle-console-controller
 
Porsche 911 Turbo 1977 Satu - Satunya Kereta Sebenar Di Cyberpunk 2077

Pertama kali diperlihatkan dalam satu video terbaharu Cyberpunk 2077, Night City Wire: Episode 4, Porsche 911 Turbo yang dilancarkan pada tahun 1974 akan dimasukkan ke dalam permainan ini. Kereta ini juga boleh dipandu sepenuhnya oleh pemain. Kehadiran kereta ini berkait dengan salah satu watak utama permainan ini yang bernama Johnny Silverhand yang dimainkan Keanu Reeves.

cyberpunk-keanu.jpg

Dalam dunia permainan video yang penuh dengan kenderaan futuristik, Porsche 911 Turbo yang telah diubah suai ini adalah satu-satunya kereta yang sebenar. Porsche ini dinaik taraf dengan lidar menghadap depan serta kamera elektronik dan bukannya cermin sisi.

93-porsche-911-cyberpunk-2077-render-wing-mirrors.jpg

Skema warna juga sepenuhnya sesuai dengan latar belakang Silverhand termasuk warna merah untuk bandnya, hijau dan khaki semasa dia menjadi askar dan perak untuk tangan robotiknya.

Cyberpunk2077-x-Porsche_009.jpg

Selain itu, untuk mempromosikan permainan dan kereta ini, Porsche telah mengeluarkan satu iklan bagi Porsche Cyberpunk. Buat pengetahuan, Cyberpunk 2077 dibangunkan oleh CD Projekt Red dimana mereka juga membangunkan The Witcher 3: Wild Hunt. Permainan ini akan dilancarkan pada 19 November 2020 untuk platform PC, Xbox One, PlayStation 4 dan Stadia. Ia juga boleh dimainkan pada konsol terbaharu Xbox Series X dan PlayStation 5.
 
Back
Top
Log in Register