BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

connected to wifi.. tapi unidentified network

khairul_izwan

Fun Poster
Messages
373
Joined
May 16, 2008
Messages
373
Reaction score
0
Points
10
assalamualaikum,

sy ada masalah dengan wifi, status connected... tapi kat icon wifi tu.. ada lambang ( ! )..unidentified network.. tak leh access internet la..

segala tutorial dalam youtube rasanya dah cuba.. tapi dok berjaya..


sesetengah kedai mamak boleh access internet.. ada yang x boleh.. bila dia pakai modem baru dari TM..

skrg guna win 7 ultimate..
dulu pakai win 7 home premium ( ok je ) tade masalah
 
byk perkara kena ambik kira....masalah driver.....router config x btol, chip wifi notebook atau router problem, senang nak test cari gadjet lain cuba test connection .....kena test dari 2 point ....router to gadjet...harap membantu....windows baru pun takleh pakai default driver sebab tak ngam...kena ambik driver OEM dia....
 

Masalah network ni ada banyak kemungkinan. Susah nak troubleshoot kalau tak cukup maklumat.

1) Winsock

Masalah utama semenjak zaman Windows 3.1 adalah winsock protocol.

Boleh run daripada dos command line sebagai admin.

Code:
netsh winsock reset

Akan dapat mesej...

Successfully reset the Winsock Catalog. You must restart the computer in order to complete the reset

2) Windows 7

Tetapi untuk Windows 7 masalah utama untuk kes "unidentified network" ini adalah buat sambungan guna setting public dan bukannya home/work masa guna wifi hotspot. Ada masalah dengan sekuriti polisi Windows 7.

Boleh cuba download dan run skrip ni sebagai Admin.

http://blogs.msdn.com/b/dimeby8/arc...network-from-public-to-work-in-windows-7.aspx

Untuk elakkan masalah tersebut memang kena buat sambungan guna setup home/work. Kalau risau kena hack, install firewall i.e. ZoneAlarm atau upgrade sahaja ke Windows 10.

3) Windows KB & driver updates

Selain itu cara terbaik adalah:

1. Buat sambungan ethernet wired.
2. Lakukan Windows update
3. Kemaskini semua driver network adapter
4. Disable semua sambungan VPN atau aplikasi tunneling.

Good luck!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register