Sérgio Conceicao ini baru saja seminggu sampai di Milan.
Dalam tempoh tersebut, dia catatkan dua kemenangan bertemu pasukan besar secara berturut-turut.
Di dalam aksi separuh akhir Supercoppa Italiana, mereka menumpaskan Juventus di laman lawan dengan jaringan 1-2.
Kemudian, dalam final Supercoppa Italiana, mereka baru saja menewaskan Inter dengan skor akhir 2-3.
Conceicao ini jenis pengurus yang tak kisah sangat macam mana cara pasukan dia bermain.
Secara mudahnya, memang tipikal tradisionalis, berfikiran gaya ‘old school’.
Dia pernah cakap bahawa fokus utama bola sepak adalah untuk jaringkan gol dan elak daripada bolos.
Cara paling tepat untuk dominan dalam sesebuah perlawanan adalah dengan menang, bab penguasaan bola atau tiki-taka ini bukan keutamaan sangat pun.
Dua perlawanan berturut-turut, Milan berjaya untuk dapatkan kawalan balik di dalam perlawanan selepas separuh masa.
Impak yang Conceicao bawa ini boleh dikatakan besar, memandangkan ada masalah konsistensi dihadapi oleh Milan semasa di bawah kendalian Paulo Fonseca sebelum ini.
Sérgio Conceicao ini baru saja seminggu sampai di Milan. Dalam tempoh tersebut, dia catatkan dua kemenangan bertemu pasukan besar secara berturut-turut. Di dalam aksi separuh akhir Supercoppa...
www.facebook.com