ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
CMC Engineering Sdn Bhd mengunjurkan dapat menembusi 10 peratus pegangan pasaran dalam segmen hiburan bermaklumat bagi pengangkutan rel akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Yusof berkata syarikat itu yakin memenuhi sasaran berkenaan menerusi pengenalan produk 'Volo Wireless' ke pasaran.
"Ia adalah sistem teknologi yang memaparkan video dengan kandungan video filem, lagu, peta lokasi selain turut merangkumi sumber maklumat terkini dan isu semasa.
"Ia boleh dihubungkan dengan peranti tanpa wayar," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Beliau berkata syarikat itu mahu membawa evolusi kelengkapan hiburan dan maklumat kepada penggiat industri, dan melihat potensi untuk terus berkembang dalam segmen terbabit pada masa akan datang.
Produk ini sudah berada dalam pasaran dan sedia menerima jalinan pembelian daripada sasaran kumpulan, termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), MRT Corp dan Syarikat Prasarana Berhad (PRASARANA).
CMC ialah syarikat pemerolehan kejuruteraan dan pakar dalam penyelesaian telekomunikasi dan inilah kali pertama syarikat membawakan teknologi berkenaan bagi menembusi pasaran di negara ini. - Bernama