Susulan dari thread saya yg baru bukak ni :
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=15358207#post15358207
Code:
Salam,
saya ada masalah dengan proton exora saya. Baru semalam pihak bengkel proton putrajaya call saya, mengatakan bahawa ada retakan pada head engine campro exora saya, dan menyebabkan kos RM2900 ( tak termasuk gasket dan upah pasang ). Petugas bengkel tu beri pilihan sama ada saya nak teruskan atau ambil balik kereta untuk uruskan sendiri.
Ini memang mengecewakan,exora saya baru berusia 3tahun, maintenance kereta pula saya jaga dengan baik. Sebelum enjin tu retak, tak ada pulak sebarang petanda, melainkan secara tiba-tiba temperature kereta naik mendadak. Tetapi bila temperature dah sebegitu saya terus matikan enjin kereta.
Mekanik bengkel tu kata kemungkinan memang ada masalah tiba-tiba atau defect dari kilang. Either way saya tetap kena tanggung kos sendiri sebab warranty dah tamat.
Memang mengecewakan, apa caranya supaya saya boleh buat supaya pihak proton yg menanggung kos yang tiba-tiba ni?
tadi dah call proton, memang dia kata tak boleh buat apa-apa sebab warranty dah habis, dan extended warranty pun kemungkinan besar saya tak boleh dapat, sebab saya bukan sepenuhnya buat servis berkala di proton servis HQ.
memang macam bini no.2 kereta tu saya buat, saya jaga elok-elok...tapi mungkin dugaan bagi saya, nasib tak baik dapat yg defect..
macam mana pun saya tetap kecewa dengan proton, dan lepas repair ni saya akan tukar kereta lain, and NO MORE PROTON for me