BTC USD 85,498.7 Gold USD 4,177.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

closed.................................

preve sama dgn enjin exora ni ke?awal bulan january nak angkat preve.risau jugak kalau kena macam ni.#:-S

tawakal jalah mudah mudahan dpt yg elok! sebab beli kereta proton ni mcm ikut nasib :D
 
tawakal jalah mudah mudahan dpt yg elok! sebab beli kereta proton ni mcm ikut nasib :D

hmmm...kena survey betul2 dulu.kalu harga kete setakat Rm700,x pe lah juga.kalau jahanam boleh tuko yamg lain.
 
hmmm...kena survey betul2 dulu.kalu harga kete setakat Rm700,x pe lah juga.kalau jahanam boleh tuko yamg lain.

tulah apa nak buat mcm nihlah nasib rakyat malaysia nih klu yg tak berduit. :))
 
salam ,, celah sikit,,, aku tak rasa kalo servis luar waranty akan void,,, ni cerita abang ipar aku (aku mmg percaya pasal dier bukan kali kencing) ,, bila proton tak nak tanggung,,, dier bawak kes ke tribunal,,, samaada peguam handal atau proton takut malu (pasal sebelum tu dah ugut nak masuk dalam paper) proton tanggung semua kerosokan ,,, so aku tak rasa kalo servis luar waranti void,,, mungkin kita ditakut-takutkan untuk servis di sc,, mungkin

p/s abang ipar aku punya anak tu ,, bekas engineer kat proton,, lepas jadi kes tu terus dier beli cherry (satu persoalan yang besar dalam kepala otak aku,, kenapa?)

Salaam,...

Setahu den yg buat Proton tanggung kerosakan tu adalah kerana peguam tu tahu dalam Terms & Condition tiada menyatakan warranty void jika service kereta selain dari Service Centre..

Benda tu kalau masuk mahkamah, dah cukup utk bagi menang kes..
Sebab tu den sarankan pengadu buat aduan ke tribunal pengguna dan lantik peguam...

Kat US/Eropah.. jika mana² syarikat kenderaan mewajibkan service kenderaan dgn (Authorised)Service Centre,
maka syarikat kenderaan tersebut wajib mewartakan sebab musabab serta bukti..

yg mencari rezeki
faisal_moukei
 
Salam,

saya ada masalah dengan proton exora saya. Baru semalam pihak bengkel proton putrajaya call saya, mengatakan bahawa ada retakan pada head engine campro exora saya, dan menyebabkan kos RM2900 ( tak termasuk gasket dan upah pasang ). Petugas bengkel tu beri pilihan sama ada saya nak teruskan atau ambil balik kereta untuk uruskan sendiri.

Ini memang mengecewakan,exora saya baru berusia 3tahun, maintenance kereta pula saya jaga dengan baik. Sebelum enjin tu retak, tak ada pulak sebarang petanda, melainkan secara tiba-tiba temperature kereta naik mendadak. Tetapi bila temperature dah sebegitu saya terus matikan enjin kereta.

Mekanik bengkel tu kata kemungkinan memang ada masalah tiba-tiba atau defect dari kilang. Either way saya tetap kena tanggung kos sendiri sebab warranty dah tamat.

Memang mengecewakan, apa caranya supaya saya boleh buat supaya pihak proton yg menanggung kos yang tiba-tiba ni?

update: tadi dah call proton, memang dia kata tak boleh buat apa-apa sebab warranty dah habis, dan extended warranty pun kemungkinan besar saya tak boleh dapat, sebab saya bukan sepenuhnya buat servis berkala di proton servis HQ

Ada sesiapa tahu bengkel yg boleh selesaikan masalah head engine crack ni sekitar bangi/kajang/banting? tak kira lah kena tukar head atau dia boleh repair je head asal, asalkan kos dia tak melampau, sebab saya memang tak rela spend so much on my hard earn money untuk sesuatu yg saya rasa nonsense.

nie cara member aku buat masa gearbox Savvy auto dia kong yg CVT tu...time kong warranty dah habih pulak tu ..nak tukar Proton cakap 11K hohohoho...menyumpah member aku...rase dia nak bakar je Savvy tu ...

so apa yg dia buat carik owner Savvy yg sama gearbox dgn dia yg masih dalam warranty...kena kowtim siket la bayar...dia beli gbox savvy tu (dapat la murah sket) so yg owner tu claim gearbox baru sbb dia masih dlm warranty...so gitu la citenye..Savvy tu dah selamat dia jual seblom waranty kong hehee...

mkin ko ble kowtim dgn owner Exora yg masih dlm waranti yg simpati..ko beli head dia ...dia claim head baru...mcm tu la beh kurang...head takpe jgn block engine ..block engine ade no enjin tapi xtau la kot campro lain huhuhu
 
Proton Exora Engine Crack

Salam Kazz,
Saya bekerja sebagai service manager di Proton Putrajaya, dan saya tak pernah berhadapan dengan masalah dgn customer yang proton exora nya engine crack. jadi boleh saya tau apakah nama service dealer Proton di Putrajaya yang encik Kazz pergi itu? Saya cume mahu membetulkan statement dalam forum ini. Harap dapat memberikan kerjasama dalam hal ini, Terima kasih.
 
Ko nak membetulkan ke? jgn jadik tikus membaiki labu pulak...semua servis centre proton seluruh negara Persekutuan Malaysia ni bnyk tikus..tikus yg repair kereta, bukannya manusia.
 
saya bersimpati dengan TT
nak buat macam mana yer kan
 
Ko nak membetulkan ke? jgn jadik tikus membaiki labu pulak...semua servis centre proton seluruh negara Persekutuan Malaysia ni bnyk tikus..tikus yg repair kereta, bukannya manusia.

rile la bro, bagus gak dia masuk sini bagi pencerahan..cuma tt kena kontek dia balik la,..
 
Salam Kazz,
Saya bekerja sebagai service manager di Proton Putrajaya, dan saya tak pernah berhadapan dengan masalah dgn customer yang proton exora nya engine crack. jadi boleh saya tau apakah nama service dealer Proton di Putrajaya yang encik Kazz pergi itu? Saya cume mahu membetulkan statement dalam forum ini. Harap dapat memberikan kerjasama dalam hal ini, Terima kasih.

ntah ye ntah tidak head engine crack..
ntah2 masalah lain..

lepas bom sana-sini tt pun dah senyap... dah settle agaknya masalah dia
 
Back
Top
Log in Register