Ringkasan kes saya:
1)Kereta overheat, hantar ke proton sc putrajaya, ambil masa seminggu 3 hari hanya untuk bagitahu solution (solution yg salah). Kos RM2900 tak termasuk labour. Juga memberitahu kalau nak baiki di bengkel lain pun mereka takkan halang.
2)Kos towing dari bengkel putrajaya ke bengkel lain (saya namakan Bengkel S) - RM160. Juga lagi RM150 diminta oleh supervisor bengkel proton sebagai labour cost mereka. Total RM310 melayang
3)Di Bengkel S, beliau mengutuk sekerasnya bengkel proton ni sebab habis semua part engine dikeluarkan, sedangkan kebanyakannya tak perlu dibuat begitu. Ini akan menambahkan labour cost dan masa bengkel S untuk siapkan.
4)Dalam kurang seminggu, Bengkel S dah siapkan kereta saya dengan hanya kos RM1180 (termasuk labour+minyak enjin+radiator coolant).
5)Bengkel tersebut juga menasihatkan saya supaya jangan terlalu berlembut, dan sepatutnya saya jangan buat sebarang bayaran kepada bengkel proton kerana kelemahan mereka sendiri.
Kesimpulannya :
1)Jangan terlalu berlembut dengan bengkel, memang saya akui kelemahan saya kadang-kadang mengiyakan saja.
2)Waspada dengan bengkel yg baru atau kurang berpengalaman. Kerana mungkin dia akan jadikan pelanggannya sebagai bahan pelajarannya dan kos yg tinggi dibiarkan ditanggung oleh pelanggan.