Tak selak pages sebelum ni, so tak tau apa cerita di sebaliknya, cuma baca 1st post TT. Tapi dari 1st post TT, sorry to say, TT ni lebih pentingkan dara dari Kualiti CINTA itu sendiri. Dia pun dah kata, dia diperkosa. Kalau TT BENAR2 sayangkan dia, dan TT betul2 nak terima dia SEADANYA, kenapa TT perlu fikirkan MASA SILAM dia? Masa silam adalah masa silam, yg penting adalah MASA SEKARANG & MASA HADAPAN. Lagipun dia bukan nak benda itu terjadi, dia DIROGOL bukan? So apa yg TT takut dia nak buat benda bukan2? Adakah TT fikir dia memang minta nak dirogol?
Maknanya, kata2 TT sebelum ni umpama tebu di hujung bibir. Kata boleh terima seadanya. Sayang sungguh pada dia, konon tak boleh hidup tanpa dia. Sekali cakap takde dara, terus semua tu HILANG begitu saja? Dara lebih penting dari cinta? Dara menjamin sesebuah rumahtangga itu bakal SEMPURNA? Kalau beginilah mentaliti majoriti lelaki, tak kahwinlah semua mangsa rogol di Malaysia ni (nak cakap dunia nanti macam over la pula kan). Baru kena ujian sebegini, dah nak back-out. Patutlah gf TT tak nak cerita hal sebenar, dah tau dah TT akan berperasaan begini.
Even, kalau gf TT TERLANJUR sekalipun, tapi dia dah berubah, tak boleh ke beri dia peluang untuk berubah? Perlu ke meletakkan dara itu lebih penting dari segala-galanya? Lebih penting dari CINTA? Sedangkan cinta itulah MAKANAN RUJI dalam setiap perhubungan. Dara tu sekali main jer dah hilang. Tapi CINTA akan kekal selagi kita memupuknya dengan perasaan sayang. Bukan semua perempuan yang tidak berdara itu tiada maruah seperti yang ramai lelaki sangkakan. Bukan semua dara itu hilang kerana terlanjur.
Berapa banyak pasangan VIRGIN yang berkahwin dan akhirnya bercerai-berai juga? Yang penting, CINTA dan usaha untuk selalu membaja perhubungan itu dengan kasih sayang. Belajar untuk menerima kekurangan dan kelemahan pasing masing-masing. Belajar untuk mencintai pasangan anda, siapa pun dia dan apa pun latar belakangnya. Itulah namanya CINTA.
Cinta bererti anda mencintai seseorang TANPA SYARAT. Jika anda meletakkan syarat untuk mencintai seseorang, itu bukan cinta, tapi PERNIAGAAN. Anda melabur, anda dapat pulangan. Jadi apa bezanya dengan PELABURAN? Anda bukan bercinta, anda cuma nak BERNIAGA. Jadi kalau para ibu bapa di luar sana mengenakan hantaran MAHAL2 kepada anda untuk berkahwin dengan anak DARA mereka, tak perlulah anda komplen panjang lebar dan kata mak bapa nak jual anak. Anda sendiri pun berfikiran singkat. Jadi anda dapatlah sesuai dengan apa yang anda NIAGAKAN.