BTC USD 86,110.4 Gold USD 4,161.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

closed

dari utusan malaysia

'Kami tidak lantik orang luar urus pinjaman'
KUALA LUMPUR 23 Julai - Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) tidak pernah melantik sebarang perunding, ejen atau orang tengah untuk menguruskan permohonan geran dan pinjamannya.

Sambil menyatakan terdapat pihak berkenaan yang mengenakan bayaran antara 10 hingga 40 peratus, Ketua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim menjelaskan, tindakan yang salah itu, adalah bercanggah dengan operasi perbadanan tersebut.

''Kami telah mengenalpasti lima hingga enam perunding atau orang tengah yang mengambil bayaran daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS),'' kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, maklumat mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab ini telah disedarinya sejak sebulan lalu apabila mendapati bilangan permohonan untuk geran dan pinjaman naik empat kali ganda berbanding hanya tiga hingga empat permohonan sebulan sahaja sebelum ini.

''Kami menyedarinya setelah menerima banyak panggilan telefon daripada individu yang sama bagi memeriksa status permohonan untuk beberapa usahawan sekali gus.

''Setelah pemeriksaan dalaman dibuat, kami mendapati usahawan sebenar tidak pernah menghantar sebarang permohonan pinjaman atau geran kepada Smidec,'' kata beliau.

Hafsah berharap usahawan IKS tidak menggunakan orang tengah tetapi sebaliknya terus memohon kepada Smidec yang boleh dilakukan melalui dalam talian atau muat turun borang permohonan daripada laman web dan menghantarnya terus kepada perbadanan berkenaan.

Beliau berkata, Smidec telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan sebulan lalu untuk memantau perkembangan berkenaan.

Sementara itu, Hafsah berkata, sehingga 30 Jun tahun ini, Smidec telah meluluskan pinjaman dan geran sebanyak RM1.1 bilion.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19,050 permohonan bernilai RM449.92 juta untuk geran telah diluluskan manakala 1,243 permohonan untuk pinjaman bernilai RM652 juta pula telah diluluskan.

Beliau berkata, bagi 2008 pula, sebanyak 768 permohonan untuk pinjaman dan geran telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM421 juta.

''Kami jangkakan permohonan daripada usahawan IKS bagi geran dan pinjaman terus bertambah kerana beberapa syarat pinjaman dilonggarkan sejak 1 Jun lalu,'' katanya
 
Sedikit kronologi untuk yang mahu memikirkan. loan utk perniagaan 99.9% approve. dapat dalam masa 3 bulan.

Jan 2008
- Start Iklan
Feb 2008
- Belum ada Berita apa apa
Mar 2008
- Belum ada berita juga
Apr 2008
- Belum ada berita juga
- Tuan tanah kata 3-4 orng member CG akan dapat Loan bulan apr
May 2008
- Belum ada berita juga
- Delay Disebabkan kuan880
- New application di tutup oleh tuan tanah
- Tuan tanah janji akan selesaikan masalah
- Tuan tanah janji bulan May akan ada org dapat loan
Jun 2008
- Belum ada berita juga
- Tuan tanah suruh tunggu lagi hingga hujung bulan Jun
- Tuan Tanah claim proses mula berjalan lancar
- Tuan Tanah claim siapa yang patut dapat bulan 4 n 5 dah approved loan.
- Tuan Tanah claim 7 company dah approved loan
- Tunggu call dr bank within a week.
- Masih tiada apa apa update
Jul 2008
- Belum ada berita juga
- Mahir79 update ada some delay
- Tuan Tanah tidak mahu update melalui forum lagi, hanya wak dan mahir shj akan update di forum
Aug 2008
- Belum masuk Aug lagi.
Sept 2008
- Bulan Puasa
Oct 2008
- Raya Puasa

:)cgrock :)cgrock


weh aku pun pemohon gakss..bukan "pakatan tuan tuan landlord" hehehe... kalau tang update tu..nak update ke bendanya...aku satu hapah pun tak dapat anything..
 
Oh..so mcmana ni? Smidec tak pernah lantik org tengah?
So ni legal ke ni?
 
bole lah tukar tajuk thread ni..

99.9% tak approve...
 
Back
Top
Log in Register