bismillah
saya dah mulakan diet selama 3 minggu. berat badan saya 86kg. tinggi lebih kurang 170cm. lepas 3 minggu ni saya tak timbang lagi.
cara yg saya buat, saya breakfast jam 8.30am, last meal saya jam 9.00pm. makan mmg saya kurangkan.
breakfast kalau kat office biasanya saya makan tosai shj. kadang2 kalau lapar sgt saya ambil telur separuh masak 2 biji dengan tosai. kalau weekend, saya makan oat+muesli+kacang2+kismis+madu.
lunch, nasi. kebiasaannya saiz standard. tapi, bila diet, saya kurangkan kepada 1/3. ambil makanan yang kurang berminyak atau berlemak. biasanya ikan singgang / ikan bakar / ayam bakar. sayur mmg ambil byk. lebih byk dari nasi.
antara lunch dgn dinner, kalau lapar, saya kunyah buah. saya bawa epal sebiji g opis utk kurangkan rasa lapar. biasanya dlm kol 5.00 tu perut dah berbunyi dan makan epal tu. takde epal kadang2 pisang.
dinner. seboleh2nya saya tak makan nasi. nak elakkan ambil carb utk dinner. kalau takde idea, saya makan oat+muesli+kacang2+kismis+madu. kalau rajin, saya akan masak benda berprotein, cam ayam bakar / daging bakar / ikan bakar. kadang2 hotdog (masak tanpa minyak)shj, tanpa roti. buat brown sos sendiri. dan makan bersama koleslaw yang saya buat sendiri. koleslaw tu saya buat dengan yogurt, mayonnaise & cuka epal.
utk workout pula.. serius saya mmg susah nak workout. byk sebab dia. sbb taktau nak mula dari mana. nak jog, kawasan jog takde dan tak sesuai nak jog kat jalan area2 rumah ni. dan dulu tak jumpa topic ni lagi. igt nak start esok workout yg TT cadangkan. tak payah keluar, bole buat dlm rumah je.
TAMBAHAN : utk minuman manis, saya hanya minum pada waktu pagi shj, iaitu teh o. dan bila saya mula diet ni, saya sentiasa rasa dahaga dan mula minum air dengan byk. dulu waktu tak diet, air 1.5liter yg saya bawa kadang2 tak terusik pon, tp sekarang, waktu asar je dah abih air tu. mungkin diet saya dah mula beri kesan pada badan?
target saya, nak turun berat badan sampai 75kg. perut tak boroi cam sekarang.

biar sesuai dengan BMI dan, nak increase muscle mass sikit. tp takde la sampai cam ahli bina badan. nak badan yg slim n lebih sihat je.
dan, saya ada 1 soalan TT, dengan diet yg camni, sesuai ke ambil fat burner? terima kasih in advance.