BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

closed

Status
Not open for further replies.
salam, saya baru nak cuba diet ke dua tu, soalan saya

- boleh ke saya gabungkan diet saya dengan meminum teh slimming, cthnya saya ada teh garcinia yg boleh mengurangkan obesiti.

boleh je, kalau nak minum teh tu, waktu 'x makan' 16 jam tu....pastikan kandungan teh itu tiada gula atau kalori...tapi SILA check dulu, teh tu ada bagi kesan x kalau minum masa perut kosong...
 
Nice posting...simple dan mudah difahami..
 
ok le tu, pencapaian baik...cam saya kata, pengukur terbaik adalah cermin tu..kita tengok, kita puas atau x dengan badan kita..:)

tu la..kot2 hari minggu nei ak nak gerak gi tesco kang try timbang..mana tahu kot2 dah turun 30 kg!!:)cgrock:)cgrock
 
fuh aku nak try gak ni bagi masuk dlm senarai testi..
 
fuh aku nak try gak ni bagi masuk dlm senarai testi..

kawe dulu na nampak gayanya..haha
baru 9hari buat scd..tgu cukup sebulan baru leh bagi testimoni

pastu baru nak tukar buat TPD pula
 
TEKNIK SEBENAR yang kita selalu lupa.....

diet perlu seimbang jugak dengan senaman
banyak bersenam + tak jaga makan = x jadi
banyak bersenam + jaga pemakanan = insyaAllah jadi
x bersenam + tak jaga pemakanan = lagi lah x jadi

betul tu...

sebenarnya makan ni adalah faktor yang terbesar akan kesihatan badan(dengan izin Allah)

petikan dari:http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=811&Itemid=1

" Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan: "Punca penyakit adalah dari perut (makanan)"( maksud hadis ).

Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran : "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan" ( maksud al-quran ). "

Petikan dari:http://assabiel.com/?tag=perut

"Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i]. Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”. Kini kajian sains mendapati bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan menunjukkan adanya kecacatan dalam asimilasi makanan kerana lemak yang berlebihan atau tidak berfungsinya kelenjar endokrin. Walau bagaimanapun, faktor keturunan tidak menjadi penyebab kepada kegemukan seperti tanggapan sesetengah orang."

"Nabi Muhammad SAW bersabda, “Punca setiap penyakit adalah makan berlebihan ” [Rujuk Eljamie Elsageer]"

:)



dan orang2 putih fitnes slalu cakap..80% dari badan yang fit...adalah dari pemakanan,,,

pemakanan adalah penjagaan kesihatan,,,

p.s: ada juga yang kata...DIET is = DIE +T...haha
 
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak ada bekas lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya dan sekiranya dia terpaksa juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Nasai)

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Antara sifat boros itu adalah makan apa yang teringin oleh selera.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Saidina Umar pernah berkata: “Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk.”
 
dalam usaha itu ada tawakkal....

exercise je plan2....jangan over sangat...ada masa untuk ini, ada masa untuk itu,,,



buat bro matalim lak....

crita bab motivasi ni susah sket...

ada beberapa jenis..

1.motivasi luaran,,,orang lain/keadaan bagi tekanan untuk bro berubah...isteri ke, anak2 ke...bos ke...jadi askar ke..

2. motivasi dalaman...bro sendiri nak berubah, untuk sebab2 yang bro sendiri tahu...contoh,,aku nak jadi sihat n kuat...

3. kita panggil inspirasi....ini bukan motivasi, ia terbentuk hasil dari prinsip yang kita pegang, yang berakar umbi dalam diri, selama bertahun2...contohnya, prinsip aku, nak terbaik dari segi fizikal, aku kaji bertahun2 macamana cara nak jadi slim tapi kuat, last2 sekali aku jumpa teknik, setelah mencuba berbagai2 cara....dan aku tetap berpegang dengan amalan itu,,,,

so....bro, jangan tunggu motivasi luaran, sekiranya akal bro dah tau bro kena brubah, so ikut akal, lama2 rasa itu akan datang,,,(macam beribadat le, lama2 rasa manis, dan kita setia menjadi abdi kepada Allah)

jangan tunggu rasa datang dulu, sebelum akal digunakan, contohnya, bila dah sakit jantung, baru nak fikir, cara nak sihat,,

jangan tunggu RASA ,,,tapi ikut perancangan AKAL..

itulah membezakan manusia dan binatang,,,,kita fikir kemudian rasa...binatang rasa dulu, baru guna otak (naluri)..


kita ada akal untuk jadi sihat, untuk jadi bijak, untuk jadi beriman, dari manusia jadi insan,,,,gunakan akal untuk kawal nafsu...untuk kawal dunia...untuk Allah,..untuk tempat akhiran kita..

jangan biarkan nafsu, dunia dan syaitan mengawak kita..

so, manusia ini, boleh jadi lebih hina dari binatang, lebih jahat dari iblis, atau lebih sempurna dari MALAIKAT,,,

gunakan akal...hambakan nafsu itu(nafsu makan ke, nafsu malas ke)

insyaAllah berjaya,,,

p.s: xde cara aku nak bagi motivasi, selain dari menggesa bro2 sekelian menggunakan akal....insyaAllah kita menjadi hamba Allah...

p.s: jangan marah tau, bukan aku kata kita xberakal...cuma aku nak ingatkan, GUNAKAN AKAL untuk mencapai KESEJAHTERAAN...bukan sebaliknya...
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register