BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Closed

Terpanggil gak utk kasi sedikit komentar sebelum thread ditutup. :(scam

1) Adalah menjadi kesalahan bagi individu/syarikat membuat penghantaran email secara banyak dalam satu masa dengan menggunakan email yang dikumpul tanpa kebenaran ownner. kecuali dia memang ada proof opt in dan memang ada bukti kukuh. Jika syarikat ni ada list yang banyak, jadi bagaimana ia mengumpul list tersebut? Melalui Opt in? Sila sertakan website opt in anda. Jika tidak, +ve SPAM dan salah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

2) Takda keje yang suh org bayar (mean mintak deposit) utk dapatkan kerja. Kalau ada, dah tentu something wrong.

3) Pegang la pada prinsip, tiada jalan singkat untuk mendapatkan duit. :) Maka pk-pk kan la.

ya tu la yg aku try nak ckap dari dulu..aku lak kene hentam..nak buat camne, duit masuk .. support la..

dah la kene deposit duit,jadi kul spam email2 lak tu..dah la spamming is illegal..adeh... dah terang2..
 
SILA BACA PETIKAN AKHBAR BERTARIKH 25/7/07DIBAWAH INI
TAK SYAK LAGI INILAH PROGRAM YANG BONG MAKSUDKAN TU..YE TAK??

6,000 diperdaya tiga pengarah
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]

JOHOR BAHRU: Lebih 6,000 peserta yang kononnya berpeluang menambahkan pendapatan dengan bekerja di rumah menerusi tawaran sebuah syarikat terpaksa berputih mata apabila tiga pengarah warga India menghilangkan diri bersama wang syarikat yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit, sejak seminggu lalu.

Akibat tindakan tiga lelaki itu, peserta difahamkan mengalami kerugian antara RM750 hingga RM10,000 seorang selepas terpengaruh menyertai peluang menambah pendapatan ditawarkan syarikat beroperasi di Jalan Wong Ah Fook, di sini, sejak setahun lalu.

Turut menerima bahana akibat tindakan pengarah syarikat berkenaan yang menghilangkan diri ialah seramai 20 kakitangannya yang terpaksa berdepan dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan peserta program itu.

Seorang pekerja, Ismail Kamgani, 56, berkata mereka menyedari majikan itu menghilangkan diri apabila tiga pengarah yang berasal dari India dan berusia lingkungan 30-an itu tidak muncul pada hari pembayaran gaji kepada kakitangan dan peserta yang sepatutnya dilakukan, kelmarin.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit turut gagal dihubungi dan dipercayai cuba meninggalkan negara ini bersama wang syarikat dianggarkan berjumlah berjuta-juta ringit hasil operasi selama setahun.

“Setiap peserta menerima tawaran itu dikehendaki membuat bayaran minimum RM750 untuk sekeping cakera padat yang mengandungi 625 e-mel dari seluruh dunia.

“Tugas mereka hanyalah menghantar 12 kali e-mel berkenaan dalam sebulan dan setiap emel yang dihantar akan dibayar 10 sen.

“Oleh itu, ada peserta yang menyertainya dengan modal mencecah RM10,000 kerana memikirkan pulangan lumayan,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, semalam.

Katanya, syarikat yang mempunyai cawangan di Skudai, Masai dan Kluang itu menjalankan perniagaan menjual peralatan kecergasan melalui emel yang dihantar ke seluruh dunia.

Menurutnya, setiap peserta diberi peluang memilih sama ada menyertainya dengan modal paling minimum iaitu RM750 atau lebih, berdasarkan kemampuan dan keinginan mereka untuk mendapatkan untung lebih besar dengan hanya menghantar e-mel mengandungi iklan produk kecergasan yang dijual oleh syarikat terbabit.

Sementara itu, peserta, Md Osman Md Sahid, 30, mendakwa kerugian RM3,000 apabila mengambil keputusan menyertai peluang ditawarkan syarikat itu, sejak Jun lalu.

“Saya menyertai peluang menambah pendapatan dengan bekerja di rumah ini selepas melihat beberapa kenalan termasuk sepupu sendiri mendapat pulangan lumayan melalui kerja menghantar emel saja.

“Berikutan tertarik dengan cara mereka mendapatkan wang tambahan itu, saya mengambil keputusan turut serta walaupun menyedari risiko bakal dihadapi,” katanya.

Namun, dia kecewa kerana pembayaran pertama yang sepatutnya diperolehi kelmarin tidak menjadi kenyataan apabila syarikat berkenaan tidak lagi beroperasi kerana tiga pengarahnya melarikan diri bersama wang peserta.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, semalam dan jurucakap polis dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan akan dilakukan bagi mengesan tiga lelaki warga India terbabit.
 
Ya Allah... So kesimpulannya, bukan senang nak senang dan bukan senang nak dapat duit :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register