Aku dah tengok dah, dah faham dah, ofis dia kat menara public bank jb. Benda ni simple jer bro.
Sesapa yg nak join, dia mesti kena bayar, pilih bayaran yg dia nak cthnya RM1000 kemudian dia akan diberi CD dan alamat emel.
Kemudian, kita kena sebarkan iklan yg diberikan melalui CD tu ke semua alamat emel yg diberikan. Maknanya, kita buat spam emellah (Setakat nak cari & kumpul emel beribu-ribu juta-juta kat internet utk dispam tak susah bro, guna je software email extractor).
Bila dah buat pengiklanan kat emel, nnti sykt akan bayar "gaji", RM1000 ke, RM4000 ke. Dari mana dtgnya duit gaji tu? korang tak perasan ker? duit "gaji" yg korang dpt tu kan duit korang jugak, yg korang bayar memula tadi masa nak register, dicampur dgn duit dari peserta lain yg baru join. Dipusing duit tu kat situ jugak.
Jadi, selain dari sebar iklan kat emel, kita juga kena cari orang baru utk ditaja, tak cari pun takpe. Tapi, kalau nak "gaji" kita berjalan sentiasa kenalah cari orang baru utk mendaftar dan bayar ikut pakej yg dah ditetapkan. Sebabnya, duit "gaji" kita yg dibayar beribu tu adalah duit yg dikumpul dari kemasukan orang2 yg baru mendaftar.
Kalau banyak yg kita bayar, banyaklah "gaji" yg kita dapat. Kejenya, spam emel orang dgn iklan jer, termasuklah emel aku. Cukup bulan, dptlah "gaji" dari duit kita sendiri...