Wanita memainkan peranan yang penting dalam menjamin keharmonian rumahtangga, masyarakat dan negara. Wanita juga dicipta untuk menjadi pasangan kepada lelaki dan akhirnya membentuk sebuah keluarga. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T didalam surah Az-Zariyat ayat 49 yang bermaksud :
"Dan daripada tiap-tiap sesuatu kami (Allah) jadikan berpasang-pasangan, moga-moga kamu dapat berfikir".
Wanita dan lelaki saling melengkap antara satu sama lain. Ada juga yang berpendapat ada wanita disebalik kejayaan lelaki.
Didalam rumahtangga, dua peranan penting wanita iaitu selaku isteri dan juga ibu. Isteri memberi layanan kepada suami seterusnya menjadi teman setia suami dikala senang ataupun susah. Sebagai seorang ibu pula sudah menjadi tanggungjawab untuk memelihara, membesarkan anak2 dan menguruskan hal ehwal rumahtangga. Tugas suami pula bekerja mencari nafkah bagi memenuhi keperluan keluarga. Pada masa kini, kebanyakkan isteri juga bekerja untuk membantu suami oleh kerana kos perbelanjaan keluarga yang kian meningkat. Mungkin ramai suami tidak boleh 'survive' jika isteri tidak bekerja.
Melihat kepada pentingnya peranan wanita didalam rumahtangga, dapatlah disimpulkan bahawa wanita adalah tiang cinta buat suami, seorang ibu, seorang anak, seorang sahabat dan mungkin lebih dari itu. Peranan2 ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Bagaimana jika segala kekuatan ataupun nikmat sihat tersebut ditarik dalam keadaan kita yang tidak bersedia?
Sejak akhir2 ini, tahap kesihatan wanita semakin membimbangkan terutamanya yang melibatkan penyakit barah. Statistik menunjukkan peningkatan kes barah setiap tahun dengan angka kematian yang turut meningkat. Kebanyakkan pesakit berada pada tahap 2 dimana kos rawatan boleh mencecah puluhan ribu apatah lagi jika rawatan dibuat di hospital swasta.