BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Closed] Customer Liat Nak Bayar... Apa Anda Akan Buat?

Minta nasihat otai-otai web designer semua:


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.

RembauWebSolution

Active Member
Messages
1,929
Joined
Sep 30, 2011
Messages
1,929
Reaction score
231
Points
33
Tujuan thread ni bukan untuk mengaibkan.
Tetapi lebih kepada untuk:

[+] Meminta nasihat dari web designer lain
[+] Memberi ruang dan peluang untuk client reply PM
[+] Memberi pengajaran kepada saya dan orang lain
[+] Menceritakan pahit manis seorang web designer
[+] Mengisahkan slogan 'Customer Always Right' tidak selalunya betul

As'kum semua,

Seperti tajuk di atas, Tok ingin minta sedikit nasihat dari otai2 semua.
Sebelum ni Tok dah lama bersabar dan ikut je karenah customer ni tapi skrg sampai kena pijak.

Percaya atau tidak sebelum ni Tok buat Logo harga RM10 untuk 4 Logo..
Customer hanya perlu bayar setelah dapat logo..
Tapi ada juga beberapa customer yang dah dapat logo terus senyap..
RM10 je tak kan tu pun nak scam Tok ni?
Tapi takpe tok tak nak panjangkan cerita jadi Tok halalkan.

Tok ni buat business dari rumah di Rembau..
Tok ni bukan orang kaya pun, kalau kaya tok tak akan buat business..

Ni pula kisah terbaru mengenai website client liat nak bayar dan pelbagai alasan diberi..
Kalau ikutkan Tok tak nak buka thread ni tetapi Tok dah tak tahu nak luah pada sesiapa dah..
Ini baru cerita 1 customer dan bayangkan kalau Tok cerita karenah 10 customer..

Minta nasihat otai-otai web designer:
[+] Patutkah Tok tunggu lagi
[+] Patukah Tok letak balik Suspended Page
[+] Patutkan Tok halalkannya



------------------------------------------

Al-kisahnya ada seorang client di CG yang order nak buat website company.
Start pada 25th Nov sehingga 27th Nov bermula sesi perundingan termasuk bincang pasal harga.
Dan akhir sekali kami setuju untuk buat website dengan logo pada harga RM120 sahaja.

Dengan RM120 tu client akan dapat:
[+] Custom wordpress design framework (Design sendiri dan bukan free template)
[+] 4 Logo design (client hanya blh pilih 1)

Client menggunakan hosting sendiri dan Tok diberikan access cPanel client.

Pada 28th Nov Logo pun dah siap dan client dah pilih yang mana dia nak.
Logo tu digunakan untuk dimasukkan ke dalam website.

Pung pang pung pang website design pun dah 60% hampir siap.
Tetiba pada 29th Nov Tok check website dah hilang.
Check dalam file manager memang langsung tak ada file yang dah FTP tu.

Memandang itu hosting client, Tok ada tanya sama ada dia ada buat apa-apa.
Tapi pihak client kata mereka tak ada buat apa-apa.
Jadi Tok pun tawakal dan mula design layout baru untuk website tu.
Hampir 2 hari sekali client bertanyakan status mengenai website dia.

Pada 11th Dec pula website (kali kedua tu) dah hampir siap dengan design baru.
Tok ada PM dengan client minta senarai nama Board of Director atau Staff..
Tujuannya sebab nak bina staff directory dalam website tu..
Tapi tiada balasan PM untuk beberapa hari.

Jadi Tok pun PM lagi sekali untuk minta info sbb nak siapkan cepat memandang banyak website lain nak buat.
Tetapi customer prefer design yang macam style website sebelumnya (yg hilang tu)
Katanya yang baru ni terlampau canggih dan berkonsepkan teknologi sangat.

Ok tak apa... Customer is Always Right!

Tok pun buatlah website design yang baru dan tangguhkan project client yang lain..
Seperti biasa client seringkali hantar PM tanya website dah siap belum..
Last sekali website design baru tu siap pada 16th December.
Bukan senang nak design baru dan ni custom (buat sendiri) wordpres theme.

Bukan sahaja website, Tok pun sempat buatkan Fanpage untuk client dan bagi FREE sekali.

So hari tu Tok buka CG dan dapat Pm dari client.
Client nak minta Fanpage punya access
dan pada masa sama client minta website access untuk dia edit sendiri section product.

Jadi Tok pun hantar PM kat client cakap website dah siap dan access semua boleh bagi.
Tapi client perlu bayar balance payment terlebih dahulu.

Sebab bayangkan kalau kita bagi access sebelum client bayar nanti client boleh tukar password.
Dah la website hosting kat client sendiri punya host.
Apa-apa pun website memang dah siap dan balance memang perlu dibayar.

Tok tunggu beberapa hari tapi tak ada reply.
Tapi masalahnya bila check user Last Activity di Carigold dia memang active..
Tak Ok tak apa... Customer is Always Right!

Jadi Tok pun hantar PM lagi sekali bagitahu dia yang website dah siap dan sila buat bayaran balance.
Segala pasword akan diberi selepas bayaran dibuat.
Tunggu lagi beberapa hari tapi user tetap tak reply..

Dari 16th Dec sampai 22nd Dec dah 2 PM hantar minta payment tapi senyap..
Bila check user activity di Carigold dia memang active setiap hari.
Ok tak apa... Customer is Always Right!
Jadi Tok pun hantar pula Visitor Message dan bukan Private Message.

Tunggu punya tunggu masih tiada reply..
Dulu selalunya hampir setiap hari dia hantar PM tanya website dah siap belum.
Untuk kali ketiga Tok hantar PM cara baik meminta dia buat bayaran balance.
Check user activity dia active tapi masih tak ada reply..

Dari 16th sampai 25th dah nak tahun baru masih tak reply..
Ini betul-betul menguji kesabaran Tok sendiri..lalu Tok gantikan website tu dengan suspended Page.
Tok pun hantar PM cakap akan buka thread letak nama dia jika dia tak reply.
kalau ada apa-apa masalah pun at least REPLY..

Dengan pantas dia reply:
xpelu la nak gertak saya bayar,nak buka thread then nak petik nama saya..

saya just orang biasa walaupun mampu buat macam2...nak ckp saya siapa nanti takut orang takut lak..so kita biarla bersoapan-santun..mintak penjelasan ke..

saya kan dah bagi tahu aritu lengkapkan website tu,sbb produk x abis lagi,so saya tunggu la,setiap hari saya check..

saya faham betapa susahnya buat website tu,..tolong bagi kerjsama jangan suspended website,lagi satu buat complete and saya buat pembayaran.

* Tok dah reply PM dia..

Cuma Tok hairan sangat-sangat..
Apa lagi yang tak siap Tan Sri?? ~X(
Semua dah ada... dulu selalu PM saya hampir setiap hari.
Sekarang bila minta payment terus senyap... Nampak sangat!

Paling susah pun PM tu reply la cakap sesuatu..
Ni bila sebut payment terus PM dah tak tahu nak taip..
Website tu harga RM120 je.. tak mahal punnn..

Dan last sekali 'Tan Sri' ni reply adalah di bawah:
ye..sy akan bayar..

saya dah takut sgt..grrr.grrr

please bagi no akaun yang terkini...

nak settle terus...baru bg feedback

Bila baca balik tengok macam budak kecik pun ada..
kononnya nak ugut Tok utk bagi feedback negative..

Wahai Utk Tan Sri:
Bagilah apa-apa feedback, yang penting bayar.
Kalau tak ada duit atau nak tunggu gaji cakap je la kan senang.


Sekarang ni number account dah bagi 3 kali dah..
Suspended Page dah buang dan masukkan website tu balik..
Website semua memang dah siap lama dah..
Tapi dah masuk tahun 2012 dah ni..
Tolong lah bayar ya..

PS: Tok akan delete thread ini setelah ianya selesai.
 
Last edited:
dah tu tok..gie cari kastemer lain...

layan punya layan mmg abis terbuang masa...klau tak bayar tu pendamkan ajer..
 
dah tu tok..gie cari kastemer lain...

layan punya layan mmg abis terbuang masa...klau tak bayar tu pendamkan ajer..

ntah la.. benda macam ni yg buat kerja kita lain pun delay.
sebelum ni ada beberapa customer tak bayar RM10 untuk logo tak apa lagi.
tapi tak tahu kenapa yang ni Tok memang dah hilang sabar sangat.
 
016-6444448

Harap membatu dapat dari gugle
 
Last edited:
sian tok
aku paham sbb aku pon pernah kene

solution dy pade aku 1 je tok
x yah halalkan

so depend pade dy nk baya kt sini atau kt sane
sumtimes kene jar gk,jgn ikot flow dy
 
aduii..sian tok...
harap customer tu jujur bayar spt yg telah di deal. :)cgrocks

p's:bila tok_sidang ni tukar nama? :D
 
takpe tok.. ini pengalaman berguna.. jika ada oder lagi mintak bayar habis dulu. baru rm10 je. kalau 1k lainlah.. tok pun tak pening nk layan org macam ni.
 
sian tok
aku paham sbb aku pon pernah kene

solution dy pade aku 1 je tok
x yah halalkan

so depend pade dy nk baya kt sini atau kt sane
sumtimes kene jar gk,jgn ikot flow dy

tu la kadang-kadang org tak faham masalah seller/designer ni.
pelbagai karenah client kita kena hadapi hanya kerana slogan customer always right.

dia online..
dah hantar beberapa PM tapi senyap je..
kalau ada masalah duit cakap je..
 
bagitahu siapa.. pastu g pm dia cakap da keluarkan tread yang nama dia jenis tak bayar...

at least kalau dia deal ngan orang lain, orang tu leh berjaga sikit
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register