BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Closed Closed

Sekarang dah ada modal untuk nak buat produk sendiri.
Tapi taktahu nak buat produk apa.
Cuba otai-otai CG bagi cadangan, produk apa yang perlu saya buat?
Kalau boleh nak produk yang wujud, nampak dengan mata kasar.
Contohnya sabun mandi, pencuci muka dan lain-lain.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

sebelum anda nak keluarkan produk...anda dah kaji market ?

nanti anda keluarkan produk...terperap dalam stor...duit tak boleh rolling...
 
utk biz..boss kena pasang niat...hati kental..semangat tahap hyper..
fikirkan bizz apa yg sesuaI dg jiwa boss..
kalau boleh buat omwork ttg sesatu bizz tu..
jgn terburu2..hehe nti garu biru boss..

agak2 nk wat biz pe n kt mana boss..
 
tahniah tt kerana perancangan utk berniaga....

banyak kena study tu....
 
1. Kenalpasti produk yg nak didagangkan sebagai produk sendiri

2. Kenalpasti peluang. (Market segment & customer segment)

3. Belajar marketing. (macam mana nak letakkan produk kita di pasaran.)

4. Kenalpasti produk segment (front end,back end)

Kena belajar dulu, labur sikit dulu belajar. Nanti produk dah kluar tak tahu nak market mcm mna teruk jgk jadinya :)


selamat maju jaya bos :)cgrock
 
Bagus ne..

Aku pun nak buat produk dah ada dalam kepala tapi marketing kena power..

Bab marketing ni yang susah ne..
 
promosi hanyalah sebahagian dari marketing.
marketing bukanlah bermaksud promosi.
kalau belajar marketing.secara tak langsung akan keluar idea business tu.

jangan tembak rusa dalam gelap kemudian berharap akan 100% kena.
 
Ssh jgk nak buat produk tp blm ada idea.
Sy ni dh ada end product tiba2 buyer plk ada masalah.
Last2 buat raw product lagi senang.
 
Sekarang dah ada modal untuk nak buat produk sendiri.
Tapi taktahu nak buat produk apa.
Cuba otai-otai CG bagi cadangan, produk apa yang perlu saya buat?
Kalau boleh nak produk yang wujud, nampak dengan mata kasar.
Contohnya sabun mandi, pencuci muka dan lain-lain.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

mari join bangunkan syarikat sedia ada, produk sendiri sudah ada, cuma nak besarkan lagi syarikat. almost 2 tahun di arena perniagaan. pelaburan di facebook saja untuk marketing almost RM50K .

sistem semua sudah ada, cash flow, pengalaman almost 2 tahun dalam bidang ini. apply loan nak kembangkan syarikat tak lepas sebab ssm tak cukup 2 tahun dan tax baru nak submit. cash masuk akaun sebulan RM35K-RM100K pun tak lepas apply loan sebab dokumen tak lengkap.

berbesar hati kalau nak sama-sama bangunkan syarikat sedia ada :)

likes facebook 360 961 , rated 4.4 stars dari 900 orang :D:D

oll.jpg





dropship dah ada almost 400 orang.

dropship.jpg





kalau setuju la boleh kita jumpa sembang-sembang. konsep rakan kongsi, kena kerja sama-sama,kena fly ke luar negara juga untuk urus produk. bukan konsep JV labur duit tunggu untung. untuk rugi ditangung bersama :D:D

terasa nak berkongsi idea dengan tuan memandangkan saya sudah ada produk dan jenama sendiri , dan sudah agak establish almost 2 years.

kalau tak setuju jangan marahkan hamba ya :">:">
 
Back
Top
Log in Register