BTC USD 80,415.7 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

close...

dukacita dimaklumkan, biasiswa x dapat untuk adik 2 org ni sebab x cukup syarat.. huhuhu.. sedih

Hmmm..cuba try apply kat Yayasan Taqwa kat Jalan Ipoh, Kuala LUmpur. Apa-apa hal up thread! Semoga sumbangan di teruskan.
 
Yup...cuba contact Pn Aliana email dia <[email protected]>;, cuba ceritakan masalah kat dia. Suaminya orang kariah Masjid As-Syakirin di Melawati.

Pn Aliana ni x dapat bantu dari segi kewangan, tapi dia mungkin kenal orang2 yang boleh membantu. Email dulu kat dia minta nak jumpa, maaf saya x boleh bagi no. tel takut dia tak bagi.

P/S: Pn Aliana bukan kerja kat Yayasan Taqwa.
 
Rasullullah bersabda " apabila mati seseorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara 1)sedekah yang berkekalan yang meyampaikan pahala kepadanya , 2)ilmu yang bermanfaat dan 3)anak yang soleh yang sentiasa berdoa kepadanya "
 
bump sikit malam nie... insaALLAh agar dimurahkan rezki oleh ALLAH dan diberikan keselamatan
 
13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah


25d825a725d9258425d825b525d825af25d9258225d825a925d825a725d9258425d825ac25d825a725d825b125d9258a25d825a9.jpg


uuooo_10.png



1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

3- Memadam kemurkaan Allah SWT.

4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

5- Mengawal kehormatan dan maruah.

6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

7- Pelindung kepada api neraka.

8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

10- Melembutkan hati yang keras.

11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.

Rujukan :

http://intl.feedfury.com/content/50364188-.html
 
Dah hulurkan sedikit sumbangan

Harap rakan2 lain turut sama dalam membantu adik2 nie

BUMP
 
Jika anda mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud,

“Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor

Untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansor. Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan.

Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.

Orang yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas. Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga akan mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.

Inilah rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya.
 
Back
Top
Log in Register