Salam TT. Saya berminat dengan pelaburan emas ni. Tapi sebelum tu nak minta penjelasan. First cara business company TT ni exactly sama dengan beberapa company yang buat gold investment ni. Cara nya sama. Cuma bezanya company lain tu Sdn Bhd tapi company ni adalah berhad. Dalam dua tahun lepas ada satu company di Kedah (tak ingat namanya), caranya exactly sama seperti company ni, dia bagi 2.5% sebulan dan renew every 6 months. Kalau harga naik, kena top up perbezaan tu masa nak renew tu dan harga beli memang mahal dari harga pasaran dan ada guarantee beli balik dari company yang sama harga dengan harga beli oleh customer. Cuma dari pengalaman saya dengan apa yang terjadi oleh pelabur pelabur di Kedah tu, bila dalam masa 8 bulan company tu tak mampu lagi nak bayar 2.5% tu dan berhenti operasi, ramai gak sangkut. Walaupun emas fizikal di pegang oleh pelabur, tapi bila nak jual semula kat market, harganya dalam 70-80% je dari harga yang di beli dengan company tu.Tu adalah dari pengalaman lepas. Cuma bezanya dengan company TT ni adalah ia syarikat berhad. Tapi walau syarikat berhad sekali pun tidak ada guarantee yang ia akan berterusan membayar. Ini berdasarkan pengalaman sebuah syarikat berhad yang beroperasi di Midvalley satu ketika dulu yang buat silver investment. Tu pun syarikat berhad tapi dah henti operasi. So my question apakah yang membezakan public listed company TT ni dengan yang lain lain dan apakah jaminan yang kes yang berlaku di Kedah tu tak berulang? How strong is this company dari segi asset value dan harga pasaran kat Bursa saham tu? Semua ni penting nak tahu kekukuhan company dan dari situ boleh tahu company punya survival.Sorry, saya bukan pertikai company ni, cuma nak minta penjelasan sebelum mengambil langkah untuk melabur membeli emas juga dengan company TT ni. Anyway saya interested to know more.Thank