saya baru je call..dan apa yang pihak BNM..
soalan saya begini..
1) saya berminat utk membeli emas dengan pihak Pageantry Gold yang mana menawarkan pulangan diskaun tunggakan selama 6 bulan berjumlah 2.5% dari harga emas yang saya beli...disini saya ign tahu sama ada syarikat tersebut berdaftar atau tidak.
2) dan minta pandangan sama ada terjamin kah saya jika ingin membeli emas dengan mereka yg mana memakan masa empat hari utk menerima emas fizikal tersebut selepas pembayaran
jawapan pihak BNM
1) mereka tidak merekod syarikat yang melakukan jual beli emas tetapi memberi cadangan supaya menyemak di SSM dan blh juga menyemak di suruhanjaya sekuriti.dan pihak BNM juga memaklumkan jika pihak berkenaan menawarkan pulangan walaupun diskaun tunggakan ini berkait dgn skim cepat kaya yang mana menawarkan pulangan atas pelaburan (emas)..cuma disini pembeli rasa terjamin kerana emas berada ditgn pembeli..jika tertipu tidak berlaku kerugian melampau..rugi atas diskaun tunggakan shj..
2) untuk soalan kedua pula pihak BNM menyarankan agar menyemak latar belakang syarikat berkenaan pendaftaran di SSM supaya dpt mengesahkan syarikat tersebut berdaftar..
maaf ye tt..saya cume risau sgt2 yg part 4 hari kena tunggu tu..xnak putih mata je..