163,007 penjawat awam terima notis potong gaji Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tak penah membuat pembayaran dan tak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionai PTPTN akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha Negara KSN , Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ni, bagitau surat berkenaan akan dikeluaqkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA .
Beliau bagitau mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28 yang tak penah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 oghang. Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-skala tak konsisten adalah sebanyak 130,204 oghang, katanya. Ali sebelum ni dilapoqkan bagitau langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayaq hutang PTPTN hanya akan dilaku sebagai jalan terakhiaq bagi menyelesaikan masalah tu.
Bernama