Notis penting
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELABUR AKAUN PERTAMA HINGGA KEEMPAT
Seperti yang sedia maklum, akaun kita telah Margin call & Stop Out pada 11 July 2011. Kejadian ini sangat dikesali dan tidak disangkakan. Kekesalan menyelebungi diri saya yang amat sangat kerana tidak sempat untuk membuat keputusan memindahkan kita semua ke akaun kelima yang lebih selamat dan terjamin. Namun, kehidupan harus diteruskan. Berjalan mesti kedepan. Apa yang terjadi harap dijadikan iktibar. Life must go on. Kita tidak boleh berhenti dan tidak berganjak setelah menerima tamparan hebat atau sesuatu dugaan. Jika demikian tindakan kita, selama lamanya kita telah gagal. Saya telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan menyertai pelaburan semula di akaun kelima dengan jumlah pelaburan yang lebih besar untuk menunjukkan keyakinan saya pada akaun kelima ini pada orang ramai terutamanya bekas pelabur yang saya hormati. Diharapkan dengan pelaburan yang lebih besar, saya dapat cover loss 100 USD pada akaun pertama dalam seminggu. Insyallah. Kita merancang , Allah yang menentukan.
Tempoh bersedih saya ambil selama seminggu. Selepas seminggu (17 July 2011), saya akan rombak semula segala posting di page 1 untuk tujuan KHAS mempromosikan akaun kelima sahaja. Saya tidak akan membuka lagi peluang kepada orang ramai untuk menyertai akaun seperti itu lagi. Walaupun 100% di tawarkan dari saya, namun risikonya tinggi dan tidak berbaloi jika modal asal terkorban. Harap para pelabur yang dikasihi dapat memahami tujuan saya berbuat demikian. Bukan untuk menghapuskan bukti atau menutup malu, tetapi saya perlu teruskan hidup ini dan memulakan dengan yang baru. Saya seru kepada anda semua, bersamalah kita mencapai matlamat baru. Satu kapal, Satu destinasi, Satu tujuan.