xsamala... tt berulang kali ingatkan ttg risk
so sapa brani,terjun... kalu x brani, dok tepi suda
invest dgn duit yg anda mampu utk burn
yup, senang kata saya suka ingatkan orang begini.
"kalau anda buat keputusan untuk melabur di bawah saya, anggapla anda telah burn duit awal2". kebanyakan org2 offline yang labur tu semua saya brainwash kaw kaw punya. ada yang sampai tarik diri. saya tak salahkan mereka. apa yang saya beri, setimpal dgn risiko nya. 100% untuk profit. tapi bersedia untuk risiko. kalau saya tahu sistem ini 100% takkan loss dan takda risiko langsung, saya tidak akan berikan 100% profit...
rules yang mudah. pelabur yang terdedah kepada risiko, jadi pelabur la yang layak untuk mendapat UNTUNG LEBIH. sebab itulah saya berikan 100% untuk pelabur. hari2 saya berdoa, agar dipulangkan semula duit2 modal pelabur... biar mereka mendapat kembali modal dan meneruskan dengan duit untung... dan seterusnya mendapat untung bersih... dapat merasa duit forex... untuk diri saya takpe, tolak tepi. cukup la bahagian saya. kerana bukan duit saya yang dilaburkan ke laut untuk mengharungi ombak badai.
saya tidak layak untuk mengambil upah trader. dan saya bukan nak bina reputasi dan NGAP di akhir hari. anda silap judge saya. saya bukan nak tunjuk baik macam malaikat.
cuma saya anggap program ini sebagai
PROTES kepada individu lain yang mengenakan upah trader tinggi tak setimpal dengan kualiti trading. Saya tak setuju terutama nya dalam PAMM instaforex. cuba anda lihat PAMM trader #1. tak silap saya safe forex nama nya. dari dulu saya perhati, modal beratus ribu USD dalam tu. upah trader tinggi. tapi tak sampai nk pulang modal, da MC. berkali kali MC. investor pulak tak tau amik dari mana, tak putus putus mengePAMM duit untuk dileburkan buta buta je... sakit hati ni tengok... nampak sangat trader pentingkan diri. sendiri punya duit tak sampai 1k usd. tapi total pelaburan beratus ribu usd. amik rebet sahaja da cukup kaya. ini dikenakan charge trading plak... mmg tak patut... saya berani memberi jaminan , berikan saya 20K usd, dan saya akan buktikan lebih baik dari mereka.