BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City City gantung Tevez

buat abis boras je ni.. hehehhe dah la seri malam tadi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Tevez Tukar Pendirian dan Kenyataan

SELEPAS menyatakan bahawa “saya tidak berasa seperti hendak bermain, sebab itu saya tidak mahu main” sebagai alasan kenapa Carlos Tevez enggan masuk bermain walaupun diarahkan oleh Pengurusnya Roberto Mancini, dalam perlawanan menentang Bayern Munich semalam, kini Tevez muncul dengan kenyataan terbaru yang menafikan segala-galanya.

Tevez mendakwa apa yang berlaku pada perlawanan itu ialah hanyalah salah faham dan bukannya kerana dia enggan bermain atau mengingkari arahan Mancini.

Dalam kenyataan terbarunya ini Tevez berkata:

"Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong Manchester City yang mana saya sentiasa mempunyai hubungan yang akrab dan kuat di atas segala salah faham yang berlaku di Munich.

"Mereka (para peminat) sedar setiap kali saya turun bermain saya akan memberikan yang terbaik kepada kelab ini.

"Tetapi apa yang berlaku di Munich pada Selasa lalu ialah saya sebenarnya telah memanaskan badan dan bersedia untuk turun bermain. Bagaimanapun ini bukanlah masa yang sesuai untuk menyatakan segala-galanya kenapa ianya tidak berlaku. Namun saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar yang saya enggan bermain apabila diminta.

"Terdapat sedikit kekeliruan di bangku simpanan ketika itu dan saya percaya tindak tanduk saya telah disalah ertikan.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya bersedia untuk bermain bila-bila masa sahaja apabila diperlukan dan melaksanakan tanggungjawab saya."

Kejadian yang berlaku pada perlawanan itu telah mencetuskan kemarahan Roberto Mancini apabila dia melihat Tevez kelihatan seperti enggan meninggalkan bangku simpanan dan masuk bermain pada separuh masa kedua ketika City sedang ketinggalan 2-0.

Ekoran kemarahannya itu, dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut, Mancini berkata, insiden tersebut adalah penamat kepada karier Tevez bersama City dan dia tidak akan sama sekali bermain selagi beliau (Mancini) menjadi pengurus.

Mancini kini dilaporkan berkata bahawa beliau akan bertemu dengan Pengerusi Manchester City, Khaldoon al-Mubarak, dalam beberapa hari lagi untuk menentukan apa langkah seterusnya selepas ini.

"Ini adalah normal. Dia adalah pengerusi kami...pengerusi putuskan segalanya,” kata Mancini.

Namun ketika ditanya apakah dia akan memilih Tevez semula untuk bermain di dalam skuadnya, Mancini menjawab: "Pada saya tidak. Jika City mahu mahu menjadi sebuah pasukan yang baik Carlos tidak boleh bermain untuk pasukan ini lagi. Bagi saya dia sudah habis.”

Menurut Mancini, pada akhirnya mungkin bukan dia yang akan menentukan masa depan Tevez tetapi di peringkat dirinya, dia telah pun membuat keputusan iaitu tidak akan menurunkan pemain Argentina itu lagi.

“Bagi saya, jika seseorang pemain itu mendapat bayaran yang sangat tinggi untuk bermain bersama Manchester City di dalam pertandingan Liga Juara-Juara dan dia bersikap seperti ini, maka dia tidak seharusnya bermain lagi.

“Selama dua tahun saya telah membantu dia untuk menyesuaikan diri di sini dan sekarang dia enggan bermain. Bagi saya segala-galanya sudah berakhir,” jelas Mancini lagi.


http://mstar.com.my/variasi/sukan/c...29/mstar_sukan/20110929003107&sec=mstar_sukan
 

Attachments

Dzeko marah benor... sabar next game ade lg..
Tevez tu bg pinjam kat Felda United la..
United gak...
 
BPL score consistent ko kata tak sesuwei...mancini hold xmo juai ni dulu takut aguere flop...sekali menjadi lak ...yg kesian si tebes la...corinthian mau juai mahal...pasni lelong murah2...:eek::eek::eek:

padahal si tebes ni yg promote aguero,tgk2 meletops plak aguero ni,kira kawan makan kawan la:eek::eek::eek:
 
apasal dzeko marah bebenor tu?
 
dari westham ke mu ke city..

apa citer jer tak ada dia ni.. mesti ada hal punya..
 
jual jer la, alasan dia psl keluarga...
sekali barcelona offer mesti laju jer...
 
Back
Top
Log in Register