underscore
Legendary Member

- Messages
- 19,745
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 19,745
- Reaction score
- 5,497
- Points
- 486
per2 hal pun.. antara fahaman2 al-ghazzali yg aku suke..
Berkenaan ilmu, Al-Ghazzālī mencipta sistem pengelasan yang membahagikan ilmu kepada dua jenis: ilmu wajib dan ilmu berguna (nafi‘). Ilmu wajib merujuk kepada ilmu-ilmu al-Qur'ān, manakala ilmu berguna merujuk kepada cabang-cabang ilmu lain yang bermanfaat kepada insan. Para pengkaji ilmiah akan dapati bahawa Al-Ghazzālī melandaskan setiap hujah, setiap dalil dan setiap penjelasan kepada timbangan akal yang berpandukan wahyu. Menurut beliau, akal, "ialah sumber ilmu, permulaannya dan dasarnya. Ilmu pada akal bagai buah pada pokok, cahaya pada mentari dan penglihatan pada mata."27 Akal tidak difaham sebagai lebih penting dari wahyu, tapi dilihat sebagai alat dan kaedah bagi memahami al-Qur'ān, kunci segala ilmu.
Ilmu Al-Qur'ān amat luas, untuk memahaminya kita perlu seseorang iaitu guru untuk memahaminya.
Kelas Tafsir Al-Quran adalah satu subjek dlm kuliah agama di masjid/surau yg tidak harus ditinggalkan kita.