Ciri-Ciri Guru Rohani Mursyid...

CG Sponsors




epy8338

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2006
Messages
464
Reaction score
1
Points
15
Assalamualaikum rakan2 seagamaku sekalian...

Artikel di bawah ini hanyalah sekadar panduan tambahan untuk kita sama-sama mencari guru rohani yang sejati... Apa yg baik adalah dariNya dan yg silap dr hamba insan yg hina...

Man assasa bunyanahu ‘ala shfa jurufin harin fanhara bihi fi nari jahannam (As-Tawba:109). Allah berfirman bahawa sekiranya seseorang membangun rumah di tepi lereng tanpa tapak yang kukuh, maka rumah itu pasti akan roboh. Tetapi bila seseorang membangun rumah dengan tapak yang kukuh di atas tanah yang keras, maka rumah itu akan menjadi kuat dan baik. Ini bermakna bahawa untuk segala bangunan, kita memerlukan seorang yang ahli. Sekiranya kita memerlukan pakar untuk membangun dan membina rumah, bagaimana pula dengan membangun dan membina hati kita? Kita harus mencari seorang Guru Sejati, seorang guru yang ahli untuk menolong kita untuk membina hati kita menjadi suci dan baik.
Bagaimana caranya kita mengenali mursyid yang sahih? Mursid yang sejati? Pernah pada suatu masa dahulu, Syaikh Abdullah Daghestani (qs) berkata bahawa untuk mengetahui mursyid yang sejati, perkara yang pertama ialah dia harus sempurnakan pakaian atau penampilan luarnya. Sekiranya rupa dan pakaian luar (sunah Nabi saw dan sya’riah) tidak cukup dan sempurna, maka artinya masih terdapat kecacatan pada hatiya. Jangan ikut dia. Mursyid mestilah sempurnakan rupa luarannya dan syariatnya.

Syaikh Abdullah (qs) juga berkata bahawa sekiranya kita memiliki jam tangan, dan jam tersebut mesinnya berfungsi dengan baik tetapi tidak ada jarum, maka ia tidak dapat menunjukkan waktu kepada kita – ertinya jam itu tidak berguna. Dan sekiranya jam itu ada dua jarumnya tetapi alat-alat mesin di dalam jam itu tidak berfungsi dengan 100%, maka jam itupun tidak akan dapat menunjukkan waktu yang benar. Jadi luar dan dalam mestilah sempurna. Demikian pula dengan seorang Mursyid sejati, 100% harus benar luar dalamnya untuk menjadi seorang mursyid yang hakiki.

Apabila kita hendak mencari seorang mursyid, pastikan bahwa dia tanpa sedikitpun nuqsaniyya (tanpa kecacatan). Sekiranya ada sesuatu yang kurang, jangan ikuti dia. Ini berarti sekiranya dia meninggalkan sesuatu daripada aspek luaran (syariat), sudah tentu aspek dalaman pun banyak yang akan dia lalaikan. Kerana apa yang ada di dalam, orang tidak dapat melihatnya. Kita berpakaian indah kerana kita tahu orang akan lihat. Seandainya tidak ada seorangpun yang melihat kita, maka kita tidak akan begitu menghiraukan penampilan kita. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang orang tidak dapat lihat di dalam jiwa kita? Sudah pasti banyak perkara yang kita akan lalaikan kerana kita tahu mereka tidak dapat melihatnya. Begitu pula halnya dengan seorang mursyid – dia mesti sempurna dari segi luaran dan dalaman. Jika tidak, dia hanya boleh membimbing kita sepotong jalan sahaja dan bukannya 100% jalan ruhani yang hendak kita tempuh bersamanya.

Menurut Mawlana Syaikh Abdullah Faiz (qs) langkah pertama untuk mengenali seorang mursyid itu sah atau tidak ialah melalui pakaian luaran dia ( mengikuti seluruh sunah Nabi Muhammad saw). Sekiranya dia sempurna dengan segala-galanya, maka dia telah memenuhi satu tuntutan. Kedua, ialah dalamannya. Bagaimana kita dapat melihat apa yang ada didalam hatinya? Pastikan bahwa dia menghormati semua orang, tanpa diskriminasi – tanpa melihat agama apa yang orang itu menganutnya. Kerana semua orang adalah hamba Allah, Allah Yang Satu. Meskipun mereka itu Muslim, Christian, Yahudi, Hindu, Buddhist dan sebagainya - itu semua bukan urusan dia, kerana mereka semua adalah hamba-hamba Allah. Mursyid yang hakiki mestilah menghormati mereka semua kerana mereka adalah ciptaan Allah, dimana terdapat cahaya Ilahi di dalam diri mereka.

Selain rasa hormat, diapun harus mengasihi mereka. Dia harus mau memberi kepada mereka apa yang dia berikan kepada diri sendiri dan murid-muridnya, walaupun mereka bukan pengikutnya. Dia perlu menunujukkan hormat dan kasih sayang kepada semua. Ketiga, dia mesti merendahkan diri – bahawa dia adalah lebih rendah daripada yang lain. Dia tidak boleh bermegahan dan merasakan bahawa dia adalah yang paling tinggi dari segi derajatnya, karena hanya Allah Yang Maha Tinggi. Sekiranya dia merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada yang lain, maka dia adalah seperti syaitan yang menganggap dirinya lebih tinggi daripada Nabi Adam (as).

Inilah ciri-ciri “dalaman” seorang mursyid yang sahih,seorang Mursyid yang Hakiki. Dari segi luaran, dia mesti berpakaian lengkap ahli Sufi (sunnah Nabi yang lengkap) dan dari segi dalaman, dia harus memiliki tiga ciri-ciri di atas. Sekiranya ternyata guru anda tidak berpenampilan seperti demikian, maka ikutilah dia bila anda merasakan kepuasan bersamanya sebab hal inipun merupakan ciri-ciri Mursyid yang Hakiki, apa yang kekurangan akan dibekalkan. Seandainya anda tidak merasakan hal ini juga, maka carilah mursyid yang lain. Pasti anda akan jumpa.

Allah amat penyayang pada hambaNya. Dengan cara anda memintaNya, tetapi apabila anda tidak meminta, maka Allah pun tidak akan memberikannya . Apabila anda mencari, Allah akan beri. Maka carilah dengan seikhlasnya, pasti akan Allah berikan seorang mursyid kepada anda.
 
Sponsored Post

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
akan ku cari sehingga akhir hayat..insyaallah
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196
cari guru biarlah bertentang empat mata,

seeloknya hati-hati kalau cari guru dalam internet.
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
cari guru biarlah bertentang empat mata,

seeloknya hati-hati kalau cari guru dalam internet.
yup btol tue...
sebab kita tak nampak orgnya camna..??? :-?:-?
 

epy8338

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2006
Messages
464
Reaction score
1
Points
15
cari guru biarlah bertentang empat mata,

seeloknya hati-hati kalau cari guru dalam internet.
Internet hanyalah media bantuan... bukan bermakna seorang murid itu akan berguru melalui internet sekiranya dia mencari guru-guru melalui internet... murid2 juga berhak untuk bertentang empat mata dgn guru yg dijumpai di internet... Maaf...
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Apapun contoh yang di "letak"kan oleh seseorang untuk mencari guru yang mursyid tidak akan tepat kalau hanya dengan zahirnya sahaja mengikut sunnah. Betapa ramai ulama di seluruh dunia ini yang zahirnya nampak biasa tapi ilmu sangat hebat. warak dan tawaduk ada dalam diri mereka.

Selain itu, adalakah hanya "mawlana itu ini cakap" "guru itu ini cakap" mana al-Quran? mana al-Hadits?

Al-Quran mengajar umat Islam untuk mencari seorang yang mursyid adalah dengan firman Allah:

يا ايها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصَّادِقين

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan bergabunglah bersama orang-orang yang benar" [at-Taubah: 119]

berikut:

أفَمَن يَهدِي اِلى َالحَقِّ أحَقُّ أَن يُتَّبَع أَمَّن لاَ يَهدِي اِلاَّ أنْ يُهدَى فَمَا لَكُم كَيفَ تحَكُمُون

"Apakah orang yang menunjukkan kepada jalan kebenaran itu lebih berhak diikuti atau orang yang tidak dapat memberi petunjuk melainakan diberi petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimana kamu membuat keputusan?" [Yunus: 35]

Menerusi ayat ini, Allah s.w.t bertanya sebagai membuka fikiran hamba-hamba-Nya bahawa apakah orang-orang yang mampu menunjukkan ke arah jalan al-Haq itu lebih layak diikuti atau mereka yang sebelumnya tidak mampu melainkan setelah diberi petunjuk? Dalam ertikata lain, apakah orang yang mampu memberi itu lebih layak dari orang yang menerima kemudian memberi semula?

Apakah dengan sifat-sifat yang disebutkan itu menjadi sandaran bahawa itu adalah guru yang mursyid? Minta lebih penjelasan mengenainya...

Guru yang mursyid adalah guru yang mampu memimpin ke arah jalan yang benar. kalau hanya zahir menjadi sandaran dan hujjahnya maka semua orang boleh berpakaian dan ber zahir an begitu..

Kepentingan seseorang mursyud adalah menguasai al-Quran dan diikuti dengan al-hadits kemudian dipecahkan lagi dengan ilmu2 yang besar...bukan hanya "AKHLAK" dan "ADAB" menjadi faktanya...

 
Last edited:

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
salam bro epy...

benarkah dalam perguruan tuan sewaktu berzikir dan beramal perlu mengHADIRkan guru tuan..:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register