BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cipta jenama perfume anda sendiri!!

LAHADIF`PERFUME DESIGNER`

LAHADIF merupakan satu nama yang sedang meningkat naik sebagai perfume designer, di dalam negara mahupun di luar negara. Lahadif yang banyak menimba pengetahuan dan pengalaman mengubah not-not pewangi di Jepun mula memperkenalkan identitinya dengan mengeluarkan produk-produk pewangi untuk beberapa pengusaha produk-produk kosmetik di Subang Bestari, Shah Alam dan Klang sebelum mengeluarkan produk-produk pewangi untuk pengusaha-pengusaha produk kosmetik di Singapura dan juga sekitar Johor Bahru. Pada awal kariernya sebagai pereka pewangi, Lahadif lebih banyak menggunakan material-material yang diperolehi daripada Jepun tetapi menjelang awal tahun 2000, beliau lebih tertarik dalam aktiviti-aktiviti pertanian tempatan dalam penanaman bunga-bungaan dan herba beraroma setelah menyedari bahawa bumi Malaysia juga adalah kaya dengan alam semulajadi yang menjadi sumber utama material-material yang diperlukan dalam industri pewangi.

JOM WANGI2 DAN KAYA2..:)paid:)paid
 
MADIA PERFUME~

bannerhani.gif

Madia mula diperkenalkan pada awal tahun 2011 dan mula berkembang ke seluruh negara pada pertengahan tahun 2011. Diilham dan dihasilkan oleh perfume designer Lahadif dengan menggabungkan kebanyakkan minyak-minyak esen berkualiti tinggi yang disuling terus dari haruman bunga-bunga seperti nilam, kenanga, kemboja dan banyak lagi.

Didatangkan dalam 4 set, dimana 2set untuk jejaka, dan 2 set untuk jelita. Setiap set mengandungi semburan, atau EDP (Eu de Parfum) 30ml yang mempunyai ketahanan (long-lasting) lebih daripada 24jam.

Edaran versi pertama telah berjaya menembusi pasaran tempatan dengan sasaran awal 1500 set. Kemudian atas permintaan yang hangat, edaran versi kedua telah menyusul dengan kuantiti sasaran yang lebih besar. Hasil kejayaan ini, telah membuktikan rakyat tempatan telah sedia menerima perubahan dan beralih kepada produk keluaran tempatan, berbanding dengan produk wangian luar yang lebih mahal, tetapi mempunyai kualiti yang sama seperti MADIA.

Cuba, dan hayatilah kelainan pada MADIA.....
 
BOTHAE PERFUME~

bothae%20banner.gif

Bothae merupakan satu jenama yang berusaha mengangkat darjat wangian tempatan ke peringkat lebih tinggi. Sasaran Bothae bukan sahaja di peringkat bawahan, tetapi juga di peringkat antarabangsa, dimana ianya bersesuaian digunakan bukan sahaja pada sebarang cuaca, malah BOTHAE juga menerapkan nilai-nilai wangian yang pasti disukai orang yang memakainya.

Didatangkan dalam 2 set, Bothae Pour Homme untuk lelaki, dan Bothae Pour Femme untuk perempuan. Setiap set mengandungi 3 wangian yang beranika iaitu 1unit EDP 30ml, 1 unit lotion perfume 10ml, dan roll-on 3ml x 2unit.

Masih sangat baru di pasaran, dan mereka yang ingin menjadi pengedar atau stokis negeri amatlah di alu-alukan. Keuntungan dan insentif yang lumayan telah dijanjikan oleh BOTHAE untuk yang berminat menjadi pengedar dan stokis negeri.
 
SEDIKIT INFO TENTANG BOTHAE~

Dalam edisi terbaru ini, Lahadif lebih banyak menggunakan not-not pewangi yang disuling daripada herba dan bunga-bungaan tempatan. Bagi Not Depan, Lahadif lebih cenderung dalam menyusun minyak-minyak esen dalam kelompok Limau(Citrus) dan digandingkan dengan minyak-minyak esen daripada kelompok Not Tengah seperti Kenanga, Kemboja Merah, Melur, Selasih dan Ros. Bagi Not Akhir pula, minyak-minyak esen seperti Nilam dan Vanilla menjadi pilihan utamanya.

Susunan-susunan pewanginya pula, pada kali diperhalusi dengan kehadiran minyak-minyak esen tempatan yang terkenal dengan kekuatan aromanya seperti minyak esen Serai, Kayu Manis dan Cengkih. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha Lahadif untuk menghasilkan pewangi-pewangi yang diinspirasikan oleh jenama-jenama hebat dunia, Lahadif juga menerapkan aroma-aroma minyak esen dan minyak sintetik yang telah diketahui umum bahawa sumbernya berasal daripada dunia empat musim seperti Epal, Oren, Lemon, Anggur dan Pic.

Secara ringkasnya, kesemua not-not pewangi ini disusun dengan penuh ketelitian dan keperincian agar setiap pewangi mampu menghasilkan bauan yang menakjubkan dan memukau pengguna dan peminat produk pewangi.
 




Assalammualaikum dan salam sejahtera..:):)

Kami di 1Malaysia Perfume menawarkan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan berasaskan wangian, sama ada yang ingin membuka perniagaan baru, atau menambah produk wangian yang sedia ada. Kami akan membantu anda bermula dari 'zero knowledge', sehinggalah anda berupaya memasarkan produk anda sendirian.


Antara pakej yang kami tawarkan kepada anda seperti:

1) Menghasilkan haruman baru, ikut citarasa anda
2) Melakukan rekabentuk kotak dan botol
3) Membantu anda melakukan penjenamaan baru
4) Full Packaging, bermula dari botol hinggalah pembukusan
5) Menghantar produk anda ke JAKIM untuk proses HALAL
6) Membantu proses pemasaran untuk anda
7) Memberi idea dan cadangan bagaimana ingin melakukan pemasaran yang berkesan dan efektif


Senang cakap, kami akan melakukan semuanya untuk anda sehinggalah anda menjadi usahawan yang berjaya. Antara produk berasaskan wangian yang kami boleh hasilkan untuk anda seperti:

1) Pati minyak wangi untuk roll-on
2) Pati minyak wangi sintetik
3) Pati minyak wangi organik
4) Eu de Parfum, Eu de Toillete, Collonge
5) Perfume Balm, Perfume Lotion
6) Sabun Wangi
7) Penyaman udara seperti kereta, rumah, dan kawasan terbuka
Dan macam-macam lagi, anda nyatakan.......

Atau senang ley je kol saya..area satu Malaysia 013-7061938

:)paid:)paid​


MAKLUMAT LANJUT, LAYARI 1MALAYSIAPERFUME

Sekian..:D:D
 
Back
Top
Log in Register