BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Internet RM9.5juta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
images

Arkib Metro


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selepas menahan 14 pelajar kolej swasta warga Afrika yang menjadikan Malaysia sebagai ‘markas’ penipuan mereka.

Serbuan di empat premis di Taman Mutiara Indah, Puchong, di sini, Khamis lalu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan sindiket terbabit melalui pihak polis China, Disember tahun lalu.


Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis negara itu bertindak selepas menerima laporan daripada tiga wanita warga negara berkenaan yang membuat laporan polis selepas mereka ditipu sehingga RM9.5 juta.


“Mereka berkenalan melalui laman sembang Yahoo Messenger dengan seorang lelaki yang menggunakan nama samaran Good Man sebelum jatuh cinta.


“Mangsa dijanjikan hadiah berupa emas dan berlian yang dikirimkan lelaki itu kononnya sebagai tanda cinta mereka sebelum memberitahu mangsa perlu membuat bayaran kerana barang itu ditahan kastam,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.


Syed Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati suspek meminta mangsa memasukkan wang secara berperingkat ke dalam beberapa akaun tempatan sebelum mereka menghilangkan diri.

“Ekoran itu, serbuan dilakukan JSJK dan 14 anggota sindiket berkenaan yang juga warga Afrika berusia 25 hingga 33 tahun ditahan. Semua mereka memasuki Malaysia pada 2007 menggunakan visa pelajar,” katanya.


Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan penipuan terbabit antaranya komputer riba, komputer meja, telefon bimbit, kad bank dan alat membuat panggilan telefon menggunakan Internet dikenali sebagai Magic Jack.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan semua mereka direman hingga esok.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CintaInternetRM9_5j/Article/index_html
 
dia target warga China plak ke
patut la
 
images

Arkib Metro


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selepas menahan 14 pelajar kolej swasta warga Afrika yang menjadikan Malaysia sebagai ‘markas’ penipuan mereka.


Baguslah. Kerajaan bawa masuk ramai-ramai lagi puak Negro ni. Biar ramai-ramai jadikan negara ni MARKAS mereka. Aman damai dan harmoni Malaysia.
 
hebat awang itam ni...kat negara org pun blh putar belit lagi
 
kalau barang kena tahan kastam pihak yg kirim tu lah kena bayar.
kalau x jangan kirim secara pos.
 
Back
Top
Log in Register