BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Dunia dan Cinta Akhirat

rietpg

Fun Poster
Messages
143
Joined
May 29, 2010
Messages
143
Reaction score
8
Points
20
Assalamua'laikum..


Kecintaan terhadap dunia semata-mata membuatkan
kita lupa akan akhirat. Bagaimana ingin bermunajat
dengan cara yang berkualiti apabila kita masih mempunyai
komitmen dengan dunia yang fana ini.


Sebab itulah kehidupan kita ini adalah mujahadah.
Hidup satu perjuangan. Dunia hanyalah
satu perjalanan untuk menuju akhirat yang kekal
abadi.


Carilah atau berusahalah agar kita dapat menitip
cinta dan kasih dari Allah secara khusyuk dan penuh
kualiti.


Tak mungkin sempurna jika kita masih lebih memberati
komitmen dunia melebihi komitmen untuk
akhirat.


Jika kita cari akhirat...kita dapat dunia sekali gus.


Tetapi...


Jika kita cari dunia semata-mata, akhirat akan kita
lupa.


=========================
Titipan Kasih Al-Imam Syafi'e (R.A)
=========================


Teringat salah satu video yang saya post
di blog saya sempena hari yang penuh
barakah ini. (Penghulu segala hari).


Video bertajuk Elaika-(Onto you) satu munajat Imam
Syafi'e sebelum beliau menghembuskan
nafas terakhir kepada salah seorang pelajar
nya yang bernama Al-Muzni.


Ia disampaikan oleh pelajarnya ini dan sekarang
didendangkan secara puisi lagu.


Sila dengar titipan seorang Imam buat peringatan
kepada kita semua pengikut Mazhab Imam Syafi'e
Salah seorang dari 4 imam mazhab Ahlul Sunnah
Wal Jamaa'h.


Semoga anda juga merasa kesayuan munajat yang
didendangkan.


---> http://azeriim.blogspot.com/2014/04/elaika-titipan-kasih-dan-cinta-seorang.html

atau terus tonton video di bawah ini !

http://www.youtube.com/watch?v=-If8WUmN5Wk
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register