BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Allah

little_lily

Legendary Member
gem
Messages
14,858
Joined
Jun 23, 2008
Messages
14,858
Reaction score
101
Points
123
(dr blog http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/06/magnet-cinta-allah/)

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.

Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.
 
Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.

Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.

Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.
 
Assalamualaikum ... little_lilly ...

Nampaknya Tuan agak mengetahui tentang Cara-2 mengenali Allah ... seterusnya mencintai nya ... gue ingin belajar dari Tuan ... macam mana cara-2 mengenali Allah ... kata Orang kenali diri dulu baru kita kenali Allah ... kata orang-2 Sufi Awal-2 Agama kenal Tuhan dengan sebenar-benarnya ( Awalludin makrifatullah ) ..... Kata Nabi pula ... kalau betul kamu Cintakan Allah ..... ikut lah aku .....

So ... 1. Macamana cara nak kenal diri ni ...
2. Udah kenal diri macamana pula cara dapat kenal Allah ...
3. Udah kenal Allah ... macamana jalan yg harus di ikuti untuk
menyintainya ....

Bolehkah Tuan ceritakan serbe ringkas ... gue agak berminat dalam hal ini kerana gue setuju dengan pendapat Tuan bahawasanya yg wajib dan harus di cintai adalah Allah sahaja ... dan jalan yg wajib dilalui untuk menyintai Allah adalah jalan yg di tunjuki oleh Nabi Muhammad S.W. ...
 
Assalamualaikum ... little_lilly ...

Nampaknya Tuan agak mengetahui tentang Cara-2 mengenali Allah ... seterusnya mencintai nya ... gue ingin belajar dari Tuan ... macam mana cara-2 mengenali Allah ... kata Orang kenali diri dulu baru kita kenali Allah ... kata orang-2 Sufi Awal-2 Agama kenal Tuhan dengan sebenar-benarnya ( Awalludin makrifatullah ) ..... Kata Nabi pula ... kalau betul kamu Cintakan Allah ..... ikut lah aku .....

So ... 1. Macamana cara nak kenal diri ni ...
2. Udah kenal diri macamana pula cara dapat kenal Allah ...
3. Udah kenal Allah ... macamana jalan yg harus di ikuti untuk
menyintainya ....

Bolehkah Tuan ceritakan serbe ringkas ... gue agak berminat dalam hal ini kerana gue setuju dengan pendapat Tuan bahawasanya yg wajib dan harus di cintai adalah Allah sahaja ... dan jalan yg wajib dilalui untuk menyintai Allah adalah jalan yg di tunjuki oleh Nabi Muhammad S.W. ...

wa'alaikumsalam..
erk.. kenapa di panggil 'tuan' dong :o:o

ntah la pak.. saya pun baru nk start pk2 pasal nie
tp rasernyer kener camnie kot :)cgrock

1. byk bersangka baik dgn Allah :)
2. byk sebut nama Allah, kdg2 sajer jer buat conversation dgn Allah dlm hati, ckp mcm dengan sumone yg betul2 ader dpn kiter.. barula teraser rpt dgn Allah
3. byk berzikir.. kalo xtau nk zikir aper, bacer2 jer la surah mana yg hafal.. esp masa tgh drive, radio tu xyah pasang slalu
4. byk baca kisah nabi, kalo kita syg nabi, kita sayang Allah gak..

dll.. maybe ada org len boleh bg pendpt :)cgrock:)cgrock
 
dah lamer luper psl nie.. skrg br nk start blk :(:(
 
thanks sis lily...

terpikir sejenak baca ni...
 
hanya mereka yg GILA sahaja yg tau itu CINTA daa....ekekeke
 
Back
Top
Log in Register