BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cili Paling Pedas Di Dunia

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,591
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,591
Reaction score
2,176
Points
261
cili-paling-pedas.jpg


Rata-rata penduduk malaysia apabila ditanya apakah cili yang paling pedas, pastinya jawapan yang kita terima menjawab cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Tapi tahukah kita, cili yang paling pedas dan rasanya yang hangat itu diungguli oleh sejenis tumbuhan yang dinamakan Trinidad Scorpion Butch T, yang tertentunya telah memperoleh rekod gelaran yang paling hangat di dunia. Dengan ukuran 1,463,700 Scoville atau unit haba (rating bagi jumlah sebatian kimia dalam cili) dan mengalahkan pesaingnya, Naga Viper yang telah diberi pada 1,382,118 unit haba.

cili-paling-pedas1.jpg


Cili ini sangat hangat sehinggakan pengendalian mudah memerlukan sarung tangan, topeng muka dan pakaian perlindungan adalah satu kemestian semasa memasak!!

Trinidad Scorpion Butch T berasal dari Republik Trinidad and Tobago. Ia mendapat nama selepas Butch Taylor, pemilik sebuah syarikat sos panas bertanggungjawab menyebarkan benih cili itu. Nama "Scorpion" pada cili, disebut kerana hujung badan cili yang tajam itu dikatakan menyerupai penyengat kala jengking.

Jom lihat mereka mencuba cili yang amat panas dalam video di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=toJY4l71LMc

copy paste dari http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/11/cili-paling-pedas-di-dunia.html
 
Menggigil pedas tu.. hahaha!! kat Malaysia ada tak cili ni?
 
Cili burung paling pedas pernah mkn

Kecik kulit nipis pegang pun dah pijar tangan
 
mmg pedas gila cili ni,
dah makan sikit je tapi mcm asap keluar dari telinga, letak bersudu sudu gula dalam mulut,
part berair mata tu jgn cakaplah, dah mcm menangis lagi, huhuhu

tapi orang india suka sangat makan lada ni...
 
Klu ada buasir nih..terus keluar smpi ke lutut buasir dia..huhu..
 
kalau cili padi tu berapa unit haba dia TT?.. so senang nak compare kepedasan dia sbb cili padi penah la tergigit.. :))
 
Back
Top
Log in Register