BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cikgu Kafa tuntut elaun kena

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Ekhsan Bukharee menunjukkan surat yang diterimanya daripada Jais bertarikh 9 April lalu.​

SHAH ALAM - Guru sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, terus diberi tekanan apabila menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Ekhsan Bukharee berkata, dia terus diberi tekanan demi tekanan susulan perjuangannya dalam isu tuntutan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, pada 9 April 2015, dia diminta menyerahkan surat tunjuk sebab dan pada 24 April 2015 pula, dia diminta untuk menghadirkan prosiding siasatan.

"Semalam (20 Mei ), saya diberikan surat pemecatan ,"katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, menerusi akaun twitter miliknya, Ekhsan Bukharee berkata, dia akan mengakhiri amanah di sekolah dengan semangat.

" Kenyataan khusus berkenaan surat pemecatan saya akan menyusul. Bukan berhenti bila jatuh tapi bangkit!," katanya.

Berikutan itu, katanya lagi, dia akan membuat sidang media di pintu pagar utama Bangunan SUK, Shah Alam esok (Jumaat) pada jam 11.00 pagi.

Pada 8 April lalu, Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dun bagi menuntut janji kerajaan negeri sebelum ini untuk menaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Berikutan itu, dia menerima surat tunjuk sebab daripada Jais dan berkemungkinan menerima tindakan tegas.

AKAN MENYUSUL.
 
Back
Top
Log in Register