BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cikgu Baru

lempeng

Fun Poster
Messages
526
Joined
Dec 16, 2005
Messages
526
Reaction score
136
Points
23
1744610517366.png



Tahun ketiga sekolah menengah. Hari pertama kelas. Cikgu masuk—orang tua berkedut dengan misai pelik. Penampilan dia agak serabut, baju masuk sebelah je dalam seluar. Dari awal lagi semua orang rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Muka dia ada aura "aku ni tak betul sikit", mata dia liar, memang nampak creepy.



Dia mula periksa kedatangan, baca nama satu-satu tanpa tengok pelajar langsung. Sampai giliran nama aku, tiba-tiba dia berhenti. Lepas tu, dia angkat muka, scan satu kelas, dan pandang tepat ke arah aku.



"Ah, Encik Smith, saya suka awak ada di sini. Macam mana keluarga awak? Adik perempuan awak masih main piano? Model kapal atas almari tu masih ada? Bilik awak masih warna biru?"



Aku terkedu. Rasa macam roh aku keluar sekejap. Macam mana dia tahu semua benda ni? Dia baru je describe bilik tidur aku sendiri, tempat aku lepak tiap malam. Seram gila.



Lepas tu dia sambung, "Ah, mestilah masih sama… baru seminggu je, kan?"

Dan dia teruskan bacaan nama macam tak ada apa berlaku. Hari tu memang semua orang panik.



Esoknya, baru aku dapat tahu si tua misteri ni sebenarnya kawan baik pakcik aku. Rupa-rupanya dia, pakcik aku, dan bapak aku berkomplot nak kenakan aku sempena hari pertama sekolah. Yang buat aku lagi bengang, misai pelik dia tu pun dia bela khas untuk prank ni.



Lepas prank tu, dia dah tak nampak seram — misai ‘pedo’ dia hilang, pakaian lebih kemas, mata tak liar lagi… rupa-rupanya, semua benda tu dia buat sengaja.



Aku akui, prank tu memang padu. Walaupun aku trauma sehari dua, takut kena culik ke apa.


:::::::::::::::::::::::::::::

 

Attachments

Last edited:
Back
Top
Log in Register