BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Christopher Columbus sebenarnya anak raja

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
MADRID - Sejarah sekali lagi berubah apabila sepasukan penyelidik mendapati ahli pelayaran pertama yang menemui benua Amerika, Christopher Columbus merupakan anak lelaki Vladislav III, Raja Poland yang hidup dalam buangan di Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan mengejutkan itu sekali gus menyangkal fakta buku-buku sejarah bahawa Columbus yang dilahirkan pada tahun 1458 di kota Genoa, Itali berasal daripada keturunan orang kebanyakan kerana bapanya, Domenico Columbo bekerja sebagai seorang penenun dan memiliki sebuah kedai keju di kota berkenaan.

"Bukti-bukti yang dikemukakan menjadikan cerita bahawa Columbus adalah keturunan orang kebanyakan sukar diterima, hanya orang ***** sahaja akan mempercayainya," kata ketua penyelidikan berkenaan, Manuel Rosa dari Universiti Duke Amerika Syarikat (AS).

Penemuan tersebut diketengahkan dalam sebuah buku terbaru yang dihasilkannya.

Menurut Rosa, Columbus dengan mudah dapat memujuk kumpulan bangsawan dan pemerintah Sepanyol ketika itu, Raja Ferdinand II supaya membiayai pelayarannya kerana dia juga berdarah bangsawan seperti mereka. - Agensi

Kosmo
 
fuh anak raja rupa nyer :p
 
tipu jer tu,saje nak publisiti hehehe
 
mungkin btul gak..
kalau orang biasa dasyat lah dia leh buat kapal sendiri dan mula dari bawah..
ni mesti ada kroni gak ni :))
 
pelik la dunia ni,
camne columbus mengaku menjumpai benua amerika,
sedangkan orang red indian dah kat situ selamba je :(scam
 
yg ni aku pun setuju, jumpa 'barang' org lepas tu claim dia punya, perangai 'zionis' :o

pelik la dunia ni,
camne columbus mengaku menjumpai benua amerika,
sedangkan orang red indian dah kat situ selamba je :(scam
 
pelik la dunia ni,
camne columbus mengaku menjumpai benua amerika,
sedangkan orang red indian dah kat situ selamba je :(scam

bese r tu bro.. kat malaysia pun sama jgak.. jenis2 pokok2 dan herba di hutan, org asli dah tau lama kegunaan/khasiat.. mat salleh datang duk patern nama sendiri...
 
pelik la dunia ni,
camne columbus mengaku menjumpai benua amerika,
sedangkan orang red indian dah kat situ selamba je :(scam

ape nak pelik..
sama la ngan parameswara..
dia kata dia jumpa melaka.. sedangkan ramai dah orang kampung dok situ pendalaman melaka..
memang la dia tak jumpa tapi dia yang majukan..
kes ni sama lah ngan columbus
 
pelik la dunia ni,
camne columbus mengaku menjumpai benua amerika,
sedangkan orang red indian dah kat situ selamba je :(scam

setahu aku laa.. columbus tak pernah claim dia yang jumpa benua amerika..dia cuma claim dia jumpa new world..dunia baru..yang claim kata columbus jumpa benua amerika ialah amerigo..pelayar selepas columbus :)):))
 
Back
Top
Log in Register