BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chong Wei tak peduli Lin Dan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
Jaguh badminton negara sudah sedia gegar Jepun

SELEPAS lebih sebulan tumbang pada Kejohanan Dunia di Wembley bulan lalu, akhirnya jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei akan tampil beraksi semula di gelanggang dengan menyertai Terbuka Jepun, bermula Rabu ini.

Dia yang berlepas bersama jurulatih, Tey Seu Bock ke negara Matahari Terbit itu malam tadi dijangka sekali lagi akan berentap menentang musuh tradisi, Lin Dan yang memusnahkan impiannya memenangi kejuaraan berprestij itu buat julung kali di Wembley.

“Saya sudah lupakan kekalahan di Wembley. Buat apa saya memikirkannya lagi kerana ia sudah berlalu. Saya mahu pandang ke depan dan bangkit semula bermula Terbuka Jepun,” katanya dengan penuh semangat.

Chong Wei yang turun selaku juara bertahan diramal tidak berdepan masalah memulakan kempen dengan nota kemenangan apabila dijadualkan menentang pemain England, Rajiv Ouseph sebelum menentang bintang muda China Wang Zhengming pada pusingan kedua.

Walaupun Lin Dan tewas mengejut kepada Chen Jin di separuh akhir China Masters kelmarin, tetapi juara dunia empat kali itu dijangka tetap menjadi penghalang Chong Wei.

“Saya tidak mahu terperangkap dengan segala taktik dan strategi Lin Dan. Biarlah apa dia nak buat, saya tak mahu ambil tahu. Saya mahu fokus pada permainan sendiri,” kata Chong Wei.
 
wahhh...bagus LCW...semangat ni la yg kita mau...
 
Caiyok... jangan di rusing ttg masa lalu.. dihadapan adalah yang penting.. berusahalah
 
Back
Top
Log in Register