BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chong Wei dilelong RM431,190

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


NEW DELHI - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dijual US$135,000 (RM431,190) kepada Mumbai Masters sempena lelongan Liga Badminton India (IBL) di sini hari ini.

Beliau diberikan harga asas tertinggi US$50,000 (RM159,700).

Pemain utama India, Saina Nehwal, yang juga diberi harga asas tertinggidipilih oleh Hyderabab Hotshots untuk US$120,000 (RM383,280), lapor media India.

Empat pemain India lain turut menerima harga asas tertinggi - Parupalli Kashyap, Jwala Gutta, Ashwini Ponnappa and PV Sindhu.

Enam pemain itu yang diletakkan dengan harga asas paling tinggi diberikan status pemain ikon.

IBL ialah liga francais yang dicadangkan Persatuan Badminton India.

Edisi pertama liga yang akan disertai pemain India dan asing, dijangka berlangsung bulan depan.

Lelongan pertama pemain IBL dijangka disertai 150 pemain untuk 66 tempat dalam enam pasukan, setiap francaisi boleh menampilkan 11 pemain, termasuk maksimum empat pemain asing dan seorang pemain bawah 19 tahun. - Bernama
 
xpaham, lelong ni utk iklan promosi company yg bid tu ke
 
pas lelong camne plak?
xpaham jalan citer..
 
kiranya Chong Wei akan main mewakili Mumbai Masters ke?
 
tak paham jugak. ingatkan ada lelong barang ke pe
 
francais mana yg bid tinggi dapat la player tu untuk wakil francais then lawan dalam 1 liga..
 
Back
Top
Log in Register