eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BEIJING 3 Jun - Pihak berkuasa China menutup blog, forum Internet dan laman media sosial seperti Twitter dalam usaha untuk menyekat perbincangan politik di ruang siber menjelang hari ulang tahun ke-20 protes prodemokrasi di Dataran Tiananmen, esok.
Seperti pada tahun-tahun lalu, penentang kerajaan ditangkap dan dibawa keluar dari Beijing dan sekatan dikenakan ke atas laporan media asing mengenai protes tersebut serta seruan berterusan supaya siasatan bebas dijalankan mengenai kejadian pada 3-4 Jun 1989 itu.
Namun, penutupan laman-laman Internet menandakan babak baru dalam percubaan pihak berkuasa untuk menutup mulut penentang kerajaan komunis itu.
Langkah itu juga menunjukkan semakin berpengaruhnya teknologi sedemikian di kalangan golongan muda China dalam sebuah masyarakat autoritarian yang mengawal penyaluran maklumat dengan begitu ketat.
"Kempen telah diperhebatkan untuk menyekat perbincangan terbuka tentang kesedaran mengenai peristiwa tersebut," kata Xiao Qiang, profesor adjung di Sekolah Kewartawanan Ijazah Lanjutan di Universiti California-Berkeley.
China mempunyai pengguna Internet paling ramai di dunia dan komuniti Internet terbukti semakin berpengaruh dalam menyebarkan berita mengenai sesuatu kejadian, daripada protes pelajar hinggalah kepada jadual rombongan membeli-belah.
Pemantau Internet kerajaan telah menutup papan mesej di lebih 6,000 laman web yang ada kaitan dengan kolej dan universiti, dipercayai untuk menghalang perbincangan mengenai peristiwa 1989 itu, menurut Pusat Penerangan bagi Hak Asasi Manusia dan Demokrasi di Hong Kong.
Banyak blok yang dikendalikan oleh pengkritik kerajaan seperti pelukis avant-garde, Ai Weiwei telah disekat dan perkhidmatan mesej teks Twitter serta gambar di laman perkongsian foto Flickr tidak dapat diakses di China semalam, manakala laman perkongsian video, YouTube disekat di seluruh China sejak Mac lalu.
"Kami difahamkan kerajaan China menyekat akses ke laman Flickr dan laman antarabangsa lain, tetapi kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan," kata Jason Khoury, jurucakap bagi Yahoo yang memiliki Flickr.
Beliau berpendapat, sekatan menyeluruh tanpa asas undang-undang adalah tidak konsisten dengan hak kebebasan bersuara.
Pihak berkuasa melakukan pemantauan semakin ketat ke atas komuniti penentang kerajaan China menjelang hari ulang tahun Tiananmen pada tahun ini, malah beberapa penulis terkemuka sudah pun diletakkan dalam tahanan di rumah sejak berbulan-bulan lalu.
Polis menghalang jurugambar asing dan tempatan daripada memasuki Dataran Tiananmen dengan memberi alasan, pas khas diperlukan.
Sejak beberapa hari lalu, wartawan yang cuba membuat rakaman video di dataran tersebut atau menemu bual penentang kerajaan telah ditahan selama beberapa jam atas tuduhan menimbulkan kekacauan, menurut Kelab Wartawan Asing China.
China tidak pernah membenarkan siasatan bebas mengenai tindakan tenteranya menghancurkan protes pada 1989 itu, kemungkinan dengan menyebabkan ribuan pelajar, aktivis dan rakyat biasa terbunuh. - AP