oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
SHANGHAI: China sudah mengambil tindakan untuk menutup lebih 4,000 laman web dan akaun di talian bagi menyekat maklumat yang dianggap ‘berbahaya.’
Kempen berkenaan berlangsung selama tiga bulan, lapor agensi berita rasmi Xinhua yang memetik badan pemantau penerbitan haram negara itu, semalam.
China berusaha mengawal rapi internet dan sudah biasa mengambil tindakan bagi menghalang aktiviti haram di talian termasuk pornografi, perjudian, penyebaran agama dan juga penyebaran khabar angin.
Kempen ini dilancarkan pada Mei lalu di mana pihak berkuasa menangani 120 kesalahan dan mengarahkan 230 firma mengambil langkah menyelesaikannya.
Lebih daripada 147,000 maklumat berbahaya dibuang pada penghujung Ogos lalu, menurut Pejabat Kebangsaan bagi Menentang Pornografi dan Penerbitan Haram.
Xinhua menyatakan, kempen itu mensasarkan kandungan di talian yang menyebarkan nilai tidak wajar, bahan lucah melampau serta yang melanggar hak cipta.
Minggu lalu, pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka memberhentikan satu platform siaran langsung pornografi tempatan menggunakan transmisi dari Kemboja dengan lebih 3.5 juta pengguna berdaftar. - Reuters
sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/09/476804/china-tutup-4000-laman-web
.